• Tel : + 606 2311 822

  • Fax : + 606 2311 307

ARKIB BERITA



Stadium Hang Tuah, Melaka

Pada 1 Disember 2017, dengan kekuatan anggota Yayasan Melaka seramai 50 orang telah menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1439H/2017 di Stadium Hang Tuah, Melaka. Dalam Majlis Perhimpunan tersebut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron telah menyampaikan amanah berkaitan kesatuan ummah yang merupakan perkara utama perlu diberi perhatian kerana Islam menitikberatkan perpaduan dan kebersamaan demi kepentingan bersama sesuai dengan tema sambutan tahun ini iaitu "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara".


Seramai 7,268 peserta dari 123 kontijen seluruh Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut di mana En. Jamaludin bin Daud, selaku ketua kontijen Yayasan Melaka telah berhimpun dan berarak sejauh lebih kurang 5 kilometer dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Pusat Islam.



Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah Melaka

Pada 26 November 2017, seramai 320 orang menyertai Pertandingan Memancing sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017 yang dianjurkan oleh Yayasan Melaka dengan kerjasama Joran Emas di Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka.

Pada pertandingan tersebut, tempat pertama telah dimenangi oleh saudara Dolmi dari Tangga Batu yang telah menjinakkan ikan pari seberat 970 gram dan melayakkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.00. Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh saudara Jat dari Sungai Udang dengan hasil tangkapan ikan Linang seberat 470 gram dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 dan tempat ketiga dimenangi oeh saudara Din Petronas dari Tangga Batu dengan hasil tangkapan ikan Daun Baru seberat 360 gram serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00.

Turut diadakan cabutan nombor bertuah untuk para peserta yang menyertai pertandingan memancing ini dengan tawaran hadiah utama berupa sebuah motosikal Jenis Modenas Kriss yang telah dimenangi oleh saudara Mohd Nasir Maidin dari Pengkalan Balak.

Hadiah-Hadiah tersebut telah disampaikan oleh En. Noor Afandi Bin Hasan, Pengurus Kanan Pentadbiran dan Sumber Manusia Yayasan Melaka dan turut hadir sama, En. Adham Bin Ahmad Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Negeri Melaka.

Seri Negeri Melaka

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka telah di adakan di Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 2 November 2017.

Majlis tersebut yang disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Harun di mana melibatkan Projek Penambakan Laut Seluas 400 ekar kawasan XLVI, Daerah Melaka Tengah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Pengurus Besar Yayasan Melaka dan juga Ahli Lembaga Pengarah YM.

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 9/2017 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 24 Oktober 2017 jam 2.30 petang. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Bahagian Integriti & Perhubungan Awam

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Azhar bin Ayub, Pengurus Integriti & Perhubungan Awam, Yayasan Melaka. Di dalam ucapan, beliau telah menerangkan mengenaikan aktiviti-aktiviti yang telah melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017 antaranya Program Lonjakan Pencapaian Bahasa Inggeris, Bantuan Kemiskinan Tanggungan Yayasan Melaka, Program Motivasi Sekolah, Program Bantuan Bulan Ramadan 2017 dan lain-lain lagi.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Wira Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari semua pihak terutama anggota Yayasan Melaka di atas Penganugerahan yang beliau perolehi baru-baru ini. Selain itu beliau turut berkongsi tentang kekuatan doa dan hikmah bersyukur kepada Allah S.W.T di mana segala kebaikan dan kejayaan akan diperolehi tanpa di sangka bila tiba masanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Ulangtahun bagi bulan Oktober.

Rumah Citra Kasih

Pada 6 Oktober 2017, telah diadakan majlis bacaan solat dhuha dan bacaan yassin di Rumah Citra Kasih Resort yang diketuai Oleh En Jamaludin bin Daud bermula pada jam 8.30 pagi.

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 8/2017 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 26 September 2017 jam 2.30 petang. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Aminah binti Abod, Pengurus Teknologi Maklumat, Yayasan Melaka. Di dalam ucapan, beliau telah menerangkan mengenaikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Bahagian Teknologi Maklumat seperti pembangunan dan penambahbaikan sistem serta keselamatan rangkaian dan komputer. Selain itu beliau juga menerangkan berkaitan keselamatan yang perlu dijaga ketika mendapatkan informasi melalui internet. Video berkaitan cybersafe untuk tontotan semua yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memaklumkan berkaitan keselamatan yang perlu dititikberatkan di perkongsian maklumat samada maklumat peribadi atau maklumat organisasi. Selain itu beliau turut meminta semua kakitangan agar menjaga katalaluan masing-masing agar data yang di simpan di dalam sistem dalaman atau luaran tidak disalahgunakan

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Ulangtahun bagi bulan Ogos dan September.

Dataran Pahlawan Bandar Hilir

Yayasan Melaka telah menyertai Perarakan dan Perbarisan Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2017 di mana Yayasan Melaka telah menghantar seramai 51 orang kontijen yang diketuai oleh En Nasir Bin Joret.

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 5/2017 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 25 Mei 2017. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Kewangan dan Hasil.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nur Idayu Binti Norhasim, Pengurus Kewangan dan Hasil. Didalam ucapan, beliau telah memaklumkan berkaitan kedudukan kewangan Yayasan Melaka dan berharap semua anggota Yayasan Melaka dapat mengambil maklum dan meningkatkan lagi kualiti kerja dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memaklumkan keadaan kewangan Yayasan Melaka dan hendaklah sentiasa bersyukur serta berusaha dengan lebih baik untuk memastikan kewangan Yayasan Melaka bertambah baik.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Mei.

Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Kuala Linggi

Kunjungan hormat Pengurus Besar Yayasan Melaka, YBhg Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor bersama Pengarah Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Kuala Linggi, Ahmad Faridi Bin Ferdaus telah diadakan pada 11 April 2017 (Selasa) bertujuan untuk bertukar pendapat dan membincangkan mengenai operasi perlombongan pasir dasar laut.

Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Melaka

Mesyuarat Entrance Conference bersama Jabatan Audit Negara bagi membincangkan Penyata Kewangan Yayasan Melaka bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah diadakan pada 28 April 2017.

Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Melaka

Taklimat Cadangan Penanaman Durian dan Cadangan Pembangunan Tanah Lesong Batu kepada pengurusan Yayasan Melaka oleh Pelabur China telah diadakan di Yayasan Melaka pada 27 April 2017 yang terdiri daripada 5 orang deligasi pelabur.

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Majlis Bacaan Yasin, Solat Sunat Duha, & Solat Hajat Sempena Meraikan YBhg. Datuk Hj. Shamsudin Bin Mehat, Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka Bagi Menunaikan Umrah telah diadakan pada ketentuan berikut :-


Tarikh : 13 Januari 2017 (Jumaat)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

 

 

 

Galeri Gambar1

Melaka International Trade Center (MITC), Melaka

Perhimpunan Aman Bagi Membela Masyarakat Islam Rohingya Peringkat Negeri Melaka

 

 Seramai 90 anggota Yayasan Melaka telah menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka di MITC, Melaka bagi menunjukkan rasa simpati terhadap kekejaman dan penindasan etnik Rohingya.

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ir Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka bersama-sama dengan exco dan ketua -ketua jabatan serta NGO-NGO Negeri Melaka. Anggaran peserta yang menyertai perhimpunan ini adalah seramai 5,000 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka

 

 

 

 

Galeri Gambar1

Citra Kasih Resort

Pada 15 Disember 2016, telah diadakan majlis bacaan yassin dan solat asar berjemaah sempena pembukaan rasmi Citra Kasih Resort. Citra Kasih Resort adalah sebuah resort yang diusahakan oleh Yayasan Melaka sepenuhnya.

 

 

 

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 7/2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 28 September 2016. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Projek.

Perhimpunan dimulakan dengan persembahan multimedia dari bahagian projek san ucapan aluan oleh Puan Azlinah Binti Aziz, Pengurus Projek. Didalam ucapan beliau telah memaklumkan perkembangan projek terkini yang sedang diusahakan oleh bahagian Projek. Seterusnya bagi memberi pendedahan kepada kakitangan bahagian projek terhadap public speaking maka buat julung kali nya unit apartment iaitu Puan Nur Farzila Binti Hashim telah menerangkan bidang tugas beliau dengan En Firdaus di Apartment Yayasan Melaka

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memaklumkan beberapa perkara seperti berikut:-

  • Setiap anggota Yayasan Melaka perlu menjaga dan mengamalkan kerahsiaan maklumat dan sifat-sifat integriti.
  • Maklumat keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah 
  • Kedudukan Kewangan 

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi Hari Jadi bagi bulan Oktober dan peralatan sukan kepada atlit-atlit Yayasan Melaka yang akan menyertai Pesta Sukan Yayasan SeMalaysia di Sabah yang akan berlangsung pada 11 November hingga 18 November 2016.

 

 

- Galeri Gambar 1

Kem Bina Negara, Alor Gajah, Melaka

Kursus Team Building bil. 1/2016 telah diadakan pada 21 - 22 Oktober 2016 di Kem Bina Negara , Alor Gajah, Melaka. Seramai 32 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada Pengurus-pengurus, Pegawai Kanan dan Penolong Pegawai.

Di dalam kursus ini, pelbagai aktiviti-aktiviti dijalankan yang melibatkan semua peserta dimana yang memerlukan kerjasama dan sokongan semua. Peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pada akhir kursus , kumpulan Satria Merah telah di pilih sebagai kumpulan terbaik. kumpulan lain adalah kumpulan Satria dan Bersatu. 

 

 

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 6/2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 27 September  2016. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Korporat & Perhubungan Awam.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh En Syahrudin Bin Dawam, Pengurus Korporat & Perhubungan Awam. Didalam ucapan beliau telah memaklumkan fungsi dan tugas-tugas bahagian Korporat & Perhubungan Awam termasuk maklumat anak-anak syarikat  dan syarikat bersekutu Yayasan Melaka, pasaran saham yang Yayasan Melaka membuat pelaburan serta aktiviti-aktiviti anjuran Yayasan Melaka yang dikelolakan oleh bahagian Korporat & Perhubungan Awam.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau mengucapkan tahniah kepada Kumpulan IDEA KIK Yayasan Melaka yang telah mendapat tempat ke-3 pada Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2016 . Selain daripada itu dimaklumkan beberapa perkara seperti berikut:-

  • Setiap anggota Yayasan Melaka perlu memberi perhatian pada setiap perucapan yang dibentangkan.
  • Setiap anggota perlu peka dengan persekitaran jika ada sebarang pembaziran seperti air , elektrik dan lain-lain.
  • Setiap anggota perlu mengamalkan amalan kerahsiaan dan menanam sifat tolong menolong antara satu sama lain.
  • Pengstrukturan semula bahagian di Yayasan Melaka untuk kearah peningkatan prestasi kerja semua anggota.
  • Projek terbaru Yayasan Melaka iaitu menawarkan asrama untuk pelajar-pelajar sekolah yang datang ke Melaka. 
  • Cadangan pengambilan pengurusan Kompleks Perahu Layar.
  • Pengwujudan pusat dobi di asrama Pulau Gadong.
  • Persiapan ke Pesta Sukan Antara Yayasan SeMalaysia
  • Kedudukan Kewangan Yayasan Melaka
  • Keputusan MBJ

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi Hari Jadi bagi bulan September.

 

 

- Galeri Gambar 1

Dewan Majlis Sukan Negara, Ayer Keroh

Pada 19 September 2016, bertempat di Dewan Majlis Sukan Negara, Ayer Keroh telah berlangsung perlawanan persahabatan badminton antara Yayasan Melaka dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Selain mampu merapatkan jalinan silaturrahim dan kerjasama yang lebih erat antara agensi, perlawanan ini dilihat sebagai persediaan dari aspek fisikal dan mental kepada kedua-dua pasukan untuk menghadapi kejohanan sukan yang akan disertai terutama kepada Yayasan Melaka yang akan menyertai Pesta Sukan Yayasan SeMalaysia (PESAYA) yang akan diadakan pada November 2016. Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan iaitu beregu VIP, beregu veteran, beregu lelaki terbuka, beregu campuran dan wanita terbuka. Pertandingan dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Zaini Bon Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka. Walaupun tewas, pasukan Yayasan Melaka telah berjaya memberi tentangan yang sengit kepada pasukan lawan.

 

 

 

 

Galeri Gambar  

Dataran Restoran Melayu, Kg. Morten Melaka

Yayasan Melaka sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai Perarakan Melaka Parade di bawah Subsektor Pendidikan sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 yang telah dianjurkan pada 10 September 2016. Perbarisan ini bermula dari Jalan Hang Tuah dan berakhir di Dataran Restoran Melayu, Kg. Morten  Melaka yang melibatkan jarak sejauh 3.5km. Agensi yang terlibat di bawah subsektor ini adalah Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), MICOST, Universiti Teknologi & Kreatif Lim Kok Wing, Unit Institut Pengajian Tinggi, JKMM dan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka (Brassband) yang mana keseluruhan kontigen berjumlah 300 orang.

 

Kemeriahan perarakan ini telah berjaya mengagamit lebih 20,000 pengujung membajiri Jalan Hang Tuah dan ia berjaya menampilkan identiti Melaka sebagai usaha mempromosikan Melaka kepada masyarakat luar melalui subsektor pelancongan. Selain subsektor pendidikan, terdapat subsektor-subsektor lain yang turut serta dalam perarakan ini seperti subsektor kesihatan, belia, agro, pelancongan, makanan dan Melaka My Second Home. Selain itu, terdapat persembahan selingan seperti tarian, kereta lembu, beca, badut dan fire eater yang dilihat menghangatkan lagi suasana perarakan.

 

Perarakan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Bin Yaakob dan turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Naim Bin Abu Bakar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka. Tahniah kepada Universiti Teknologi & Kreatif Lim Kok Wing kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 melalui Kategori Persembahan Terbaik.

 

 

 

 

Galeri Gambar 1  :::   Galeri Gambar 2  :::  Galeri Gambar 3

Dewan Seri Negeri, Melaka

Dengan tajuk masalah "Pegangan Wang Tunai Yang Banyak", Kumpulan IDEA yang mewakili Yayasan Melaka telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2016 yang telah diadakan pada 7 & 8 September 2016 bertempat di Dewan Seri Negeri Melaka. Dengan kejayaan ini, kumpulan IDEA telah berjaya membawa pulang sebuah plak dan wang tunai berjumlah RM1,000.00. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Yunos Bin Husin, Exco Pendidikan & Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi, Teknologi Hijau & Inovasi.

 

Sepanjang berlangsungnya pertandingan ini, sebanyak 12 pasukan telah berjaya mengadakan persembahan KIK antaranya dari Majlis Agama Islam Melaka, MPAG, Jabatan Parit & Saliran Melaka, Pejabat Tanah & Galian Melaka Tengah, Bahagian Kawalan Selia dan Unit IT, JKMM.

 

 

 

 

Galeri Gambar

Pantai Kampung Sungai Tuang dan Kampung Telok Gong

MASJID TANAH – Seramai 840 kaki pancing dari seluruh negara telah berentap di dalam Pertandingan Memancing Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 anjuran Yayasan Melaka yang berlangsung di sepanjang pantai Kampung Sungai Tuang dan Kampung Telok Gong pada Ahad lepas.

Siren tanda mulanya pertandingan telah dibunyikan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Shamsudin Mehat bersama Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Md Nor tepat jam 9.00 pagi. Pertandingan selama empat jam yang berakhir pada jam 1 petang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM70,000.

Azmie Ahmad dari Pekan, Pahang telah menjuarai pertandingan ini dengan membawa pulang RM30,000 kerana berjaya menaikkan seekor ikan pari seberat 1.5 kilogram. Tempat kedua dimenangi oleh Abdullah Sidek dari Batu Pahat, Johor menerima RM8,000 dan ketiga RM3,000 dimenangi oleh Khairul Muhammad dari Lumut, Perak.

Sebuah kereta Proton Saga BLM turut disediakan sebagai hadiah bonanza cabutan bertuah yang telah berjaya dibawa pulang oleh peserta tempatan Fendi Radim dari Alor Gajah, Melaka.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Badminton Kampung Sungai Tuang.

Sementara itu, dalam ucapannya Datuk Mas Ermieyati berkata, beliau berharap lokasi pertandingan ini dapat dijadikan lokasi tetap bagi acara tahunan pertandingan memancing Festival Sungai Antarabangsa Melaka agar kawasan tersebut menjadi salah satu lokasi memancing yang dikenali seluruh negara.

Turut hadir semasa majlis tersebut Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Md Nor; Penghulu DUN Kuala Linggi, Hj Md Sabri Husin; Pengerusi JKKK Kampung Sungai Tuang, Mohammad Abu Hassan; Pengerusi JKKK Kampung Telok Gong, Azman Abu Kassim; dan Pengurus Joran Emas Global, Amran Othman.



 

Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka (YM) bil 5/2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 26 Ogos 2016. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Kewangan dan Hasil. Majlis ini juga berlangsung sekali dengan majlis bacaan Yassin, Solat Dhuha dan Solat Hajat untuk anak-anak anggota YM yang akan menduduki peperiksaan UPKK, UPSR, PT3, SPM dan STAM.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nur Idayu Binti Norhasim, Pengurus Kewangan dan Hasil. Didalam ucapan beliau mengucapkan tahniah diatas perlantikan baru YBhg. Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor sebagai Pengurus Besar Yayasan Melaka. Selepas itu beliau telah menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan prosedur kewangan yang perlu dipatuhi oleh semua anggota semasa menjalankan tugas yang berkaitan dengan kewangan. Antara perkara yang diterangkan adalah seperti berikut:-

 

    • Tatacara Local Order / Indent untuk membuat pembayaran.

 

    • Penambahbaikan Sistem Tuntutan Perubatan.

 

    • Penambahbaikan Sistem Wang Panjar Runcit



Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memaklumkan beberapa perkara seperti berikut:-

 

    • Semua anggota perlu mematuhi prosedur kewangan yang telah diterangkan oleh Pn Nur Idayu Binti Norhasim sebentar tadi. Jika ada anggota yang tidak faham, bahagian yang terlibat perlu membuat sesi penerangan untuk lebih pemahaman.

 

    • YBhg. Datuk juga mengucapkan terima kasih diatas ucapan tahniah kepada beliau dan berharap semua anggota YM dapat memberi kerjasama kepada beliau untuk memajukan YM untuk lebih cemerlang.

 

    • Pesta Sukan Yayasan SeMalaysia (PESAYA), YBhg. Datuk berharap atlit-atlit yang yang mewakili Yayasan Melaka supaya bersukan dengan semangat kesukanan dan mematuhi semua peraturan serta menjaga nama baik Yayasan Melaka.

 

    • Kedudukan Kewangan Yayasan Melaka

 

    • Menerangkan beberapa projek-projek terkini yang dibangunkan oleh YM:-

Projek Penyewaan Kompleks Perahu Layar di Pangkalan Balak untuk dijadikan sewaan seperti Rumah Citra Kasih & Dewan Citra Kasih

Pejabat baru YM

Tanah di Alor Gajah

Tanah di Telok Gong

Tanah Golden Valley

Perumahan di Mad Villa

Pelaburan Saham

 

    • YBhg. Datuk juga memaklumkan agar semua anggota perlu berkerjasama dan saling membantu semasa menjalankan tugas agar semua kerja-kerja yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

 

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi  Hari Jadi bagi bulan Julai dan Ogos.

- Galeri Gambar 1 ~~~~ - Galeri Gambar 2 ~~~~ - Galeri Gambar 3

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Pada 29 Julai 2016, Majlis bacaan Yassin dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka.
Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM). Bacaan Yassin dipimpin oleh En. Jamaludin Bin Daud.

 

Pengurus Besar Yayasan Melaka telah menghadiri majlis ini yang merupakan Penasihat KSKYM.

 

 

 

Galeri Gambar1 ~~~ Galeri Gambar2

Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Pada 23 Julai 2016, Majlis Perasmian Program lonjakan Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR 2016, Anjuran Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka  (UTeM), Yayasan Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

 

Program Lonjakan Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR  2016 telah melibatkan murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan  UPSR . Bilangan murid yang terlibat adalah seramai  1,233 pelajar terdiri daripada 58 buah sekolah yang terpilih daripada 3 buah daerah di Negeri Melaka.

 

Program ini telah dilaksanakan dengan usaha keras fasilatator-fasilatator yang terlibat iaitu seramai 200 orang. Program ini juga mendapat bantuan daripada kakitangan UTeM dan guru-guru daripada sekolah-sekolah yang terlibat.

 

 

 

Galeri Gambar

Melaka International Bowling Center (MIBC)

AYER KEROH 15 Julai – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Bowling Melaka telah menganjurkan pertandingan bowling bagi merebut Piala SUK di Melaka International Bowling Center (MIBC). Pertandingan dijalankan dalam kategori single VVIP dan triple terbuka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Naim Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

 

Pasukan Yayasan Melaka telah berjaya memperolehi tempat pertama bagi kategori VVIP yang diwakili oleh Datuk Hj. Zaini Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka. Manakala kategori terbuka, YAYASAN A yang diwakili oleh Azhar Ayub, Nasir Joret dan Mohd Sukur Ab. Ghani berjaya menduduki tempat ke-4 dan YAYASAN B menduduki tempat ke 10 dengan berjaya membawa pulang sebuah hamper yang diwakili oleh Kamisah Sakidin, Zaiton Md Dom dan Murni Ab. Rahim.

 

Masjid Al-Faizin Paya Mengkuang, Bukit Rambai, Melaka

Yayasan Melaka telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, OKU, warga uzur, warga emas dan ibu tunggal bersempena Bulan Ramadhan 1437H pada 26 Jun 2016 (Ahad) bertempat di Bangunan Sementara Masjid Al-Faizin Paya Mengkuang, Bukit Rambai Melaka.

Pada majlis ini seramai 200 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin, OKU, warga uzur, warga emas dan ibu tunggal dari Kampung Umbai menerima wang tunai dan sekampit beras. 

Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Shamsudin Bin Mehat Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan turut sama memberi sumbangan dengan tetamu istimewa ini.

 

Pusat Bowling MITC

Yayasan Melaka telah menganjurkan Pertandingan 10 pin tempin bowling pada 1 Jun 2016. Peserta -peserta adalah terdiri daripada wakil Yayasan Melaka, kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang ada urusniaga dengan Yayasan Melaka. Tujuan pertandingan persahabatan ini adalah untuk menambahkan ikatan dan ukhuwah.

 

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Yayasan Melaka telah mengadakan Bengkel ISO 9001:2015 pada 31 Mei hingga 2 Jun 2016. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk penyediaan dokumen ISO yang terbaru untuk Yayasan Melaka. Bengkel ini telah dijalankan selama 3 hari dimana Pn Mariam menjadi fasilatator.

Rumah Citra Kasih

Yayasan Melaka telah mengadakan Kem Mercu Kegemilangan bagi penerima Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Melaka pada 31 hb Mei yang lalu. Kem ini telah dirasmikan oleh En. Noor Afandi Bin Hasan. Kem ini telah diadakan di Rumah Citra Kasih.

 

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Yayasan Melaka telah mengada satu sesi program pemeriksaan kesihatan untuk anggota Yayasan Melaka. Program ini dianjurkan bersama dengan Hospital PUTRA Melaka. 

 

Pejabat Yayasan Melaka

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka telah mengadakan lawatan pengauditan di Pejabat Yayasan Melaka pada 11 Mei 2016. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan telah diwakili oleh 2 orang pegawai iaitu En. Fairuz Mohd Rashid dan En Wilson. Lawatan pengauditan ini adalah kali yang pertama bagi Yayasan Melaka.

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 3/2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 29 April 2016. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Pemasaran dan Pelaburan.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Kamisah Binti Sakidin, Pengurus Pemasaran dan Pelaburan. Didalam ucapan beliau telah memaklumkan fungsi dan tugas-tugas bahagian Pemasaran dan Pelaburan termasuk perkembangan terkini mengenai Rumah Citra Kasih dan Dewan Citra Kasih.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka yang telah turut serta di dalam perhimpunan ini dan sentiasa memberi idea-idea yang bernas untuk kemajuan Yayasan Melaka. Selain daripada itu dimaklumkan beberapa perkara seperti berikut:-

  • Isu Kolej Yayasan Melaka.
  • Pengharapan Ketua Menteri ingin menjadikan Jalan Hang Tuah sebagai Hang Tuah Melaka Commercial Centre (HTMCC) dimana Bangunan baru Yayasan Melaka menjadi pemangkin. .
  • Pengurus Besar mengucapkan terima kasih kepada semua anggota diatas kerjasama dalam menjayakan Hari Keluarga Yayasan Melaka
  • Kedudukan Kewangan Yayasan Melaka

 

Aturcara diteruskan dengan perutusan daripada Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka Datuk Shamsudin bin Mehat. Di dalam perutusan beliau memaklumkan mengenai kerahsian, ikrar yang dibaca dan lagu yang dinyanyikan oleh semua anggota Yayasan Melaka. Beliau berharap semoga semua anggota Yayasan Melaka akan sentiasa ingat dan melaksanakan apa yang telah dibaca dan dinyanyikan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Tertutup Pentanque Yayasan Melaka dan Hari Jadi bagi bulan April.

- Galeri Gambar

Langkawi Lagoon Hotel

LANGKAWI 15 April – Yayasan Melaka telah menganjurkan Hari Keluarga dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Pulau Langkawi pada 15 – 17 April 2016 yang lalu dengan penyertaan seramai 261 peserta yang merupakan ahli keluarga daripada 71 kakitangan Yayasan Melaka.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang berada di pulau lagenda tersebut antaranya adalah pertandingan mencari harta karun, menaiki Kereta Kabel Langkawi dan meredah lautan di Kilim Geoforest Park.

Manakala pada sebelah malamnya, Majlis APC telah diadakan di Langkawi Lagoon Resort dengan bertemakan pakaian berwarna merah dan hitam. YBhg. Datuk Shamsudin Mehat telah merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri YBhg. Datuk Zaini Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka. Seramai 7 penerima Anugerah APC telah diraikan bersama-sama dengan 5 penerima Anugerah Khas Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan 11 penerima Anugerah Khidmat Lama.

Datuk Shamsudin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap mereka akan terus bersemangat untuk mencurahkan khidmat yang cemerlang  kepada Yayasan Melaka.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa Program Hari Keluarga yang dianjurkan ini merupakan salah satu platform terbaik untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli keluarga dan kakitangan Yayasan Melaka.

Katanya lagi “saya percaya dengan adanya semangat kekeluargaan dan keakraban di kalangan warga kerja Yayasan Melaka, secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. InsyaAllah Yayasan Melaka akan terus berjaya di masa akan datang”.

 

- Galeri Gambar

- Gambar lebih banyak

Arena Petanque Hang Jebat, Tanjung Kling, Melaka.

TANJONG KLING 10 April – Satu kejohanan petanque anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Melaka telah diadakan di Arena Petanque Hang Jebat, Tanjung Kling, Melaka. Kejohanan ini merupakan acara tahunan bagi pemilihan pasukan yang akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak.

 

Pada tahun ini  Yayasan Melaka telah menghantar 1 pasukan untuk menyertai kejohanan ini yang disertai sebanyak 46 buah pasukan bagi acara triple. Pasukan Yayasan Melaka telah berjaya menduduki tempat kedua dengan mambawa pulang wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

 

Tawau , Sabah

TAWAU 2 April – YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris bin Haron telah mengadakan lawatan kerja selama 2 hari ke Tawau, Sabah bagi melihat sendiri ladang kelapa sawit milik anak syarikat Yayasan Melaka iaitu Samel Plantation Sdn. Bhd. yang terletak di Sg. Brantian, Kalabakan. Turut menyertai lawatan kerja tersebut adalah Datuk Shamsudin bin Mehat, Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan Datuk Zaini bin Md Nor, Pengurus Yayasan Melaka yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Samel Plantation Sdn. Bhd.

 

Semasa lawatan ke ladang, YAB Ketua Menteri Melaka turut mendengar taklimat mengenai pengurusan ladang daripada Dato’ Tan Tuan Kim, Pengarah Urusan Vitraland Sdn. Bhd. serta merasmikan traktor baharu milik mereka.

 

Manakala pada sebelah malamnya, Mesyuarat Lembaga Pengarah Samel Plantation Sdn. Bhd. Bil. 1/2016 telah diadakan yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Mesyuarat tersebut turut dihadiri tiga orang wakil daripada Yayasan Sabah.

 

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 2/2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 22 Mac 2016. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Pengurusan Harta.

Perhimpunan dimulakan dengan taklimat oleh Ustaz Noor Zakry Bin Nor Jamal daripada Pusat Zakat Melaka. taklimat bertajuk pembayaran zakat pendapatan bersempena keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka yang mewajibkan semua kakitangan kerajaan Negeri Melaka membuat pemotongan zakat pendapatan bulanan.

Acara seterusnya dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Azhar Bin Ayub, Pengurus Harta. Didalam ucapan, beliau,telah memaklumkan fungsi dan tugas-tugas bahagian Pengurusan Harta.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memaklumkan beberapa perkara seperti berikut:-

  • Pengurus Besar meminta kepada semua anggota memahami dan menggunakan semua tatacara prosedur kewangan ( pesanan   tempatan, Inden, aset dan lain-lain) yang telah diwujudkan di Yayasan Melaka. Ini adalah susulan daripada teguran Audit AI.
  • Kedudukan kewangan Yayasan Melaka dan pengurusan pentadbiran Anggota seperti Hari Keluarga dan perkhidmatan insuran perubatan kepada semua anggota.
  • Pengurus Besar mengucapkan terima kasih kepada semua anggota diatas sokongan dan membantu didalam promosi Rumah Citra Kasih (RCK) dan Dewan Citra Kasih (DCK)

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Januari, Februari dan Mac.

PERODUA SALES SDN BHD Perodua Automotive Centre Sungai Choh Rawang Selangor Darul Ehsan

Pada 15 Mac 2016, satu perbincangan antara YBhg. Datuk Hj. Zaini Bin Md. Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka bersama YBhg. Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua telah diadakan, bertempat di PERODUA SALES SDN BHD Perodua Automotive Centre Sungai Choh Rawang Selangor Darul Ehsan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai Pembinaan Pusat Servis Perodua di Kota Hang Tuah Jaya, Melaka

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Majlis Tandatangan MoU antara Yayasan Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi penganjuran Program Lonjakan Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR 2016 telah diadakan pada 14 Mac 2016 (Isnin) di Bangunan Canselori UTeM. Yayasan Melaka telah diwakili oleh YBhg. Datuk Hj. Shamsudin bin Mehat, Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan YBhg. Datuk Zaini bin Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka manakala UTeM pula telah diwakili oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin, Naib Canselor UTeM dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Ridzuan bin Nordin, Penolong Naib Canselor (Industi & Komuniti) UTeM. Semasa majlis berlangsung, YBhg. Datuk Hj. Shamsudin bin Mehat telah menyerahkan cek berjumlah RM211,400 yang merupakan sumbangan Yayasan Melaka bagi pelaksanaan program tersebut.

- Galeri Gambar

Dewan Bestari, Ayer Keroh

Pertandingan Persahabatan Badminton antara Yayasan Melaka dengan Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH) telah diadakan pada 3 Mac 2016 bertempat di Dewan Bestari, Ayer Keroh. Pertandingan tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama pekerja serta menambah baik hubungan kerja antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan jayanya dan sekalung ucapan tahniah kepada kumpulan Yayasan Melaka kerana telah memenangi pertandingan tersebut dengan jumlah mata 4-1.

 

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Dewan Seri Negeri, Melaka

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 telah diadakan pada 29 Februari 2016 bertempat di Dewan Seri Negeri, Melaka. Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Idris Haron.  Seramai 487 orang kakitangan kerajaan yang telah berjaya menerima anugerah tersebut. YBhg. Datuk Hj Zaini Mohd Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka adalah salah seorang penerima anugerah pada majlis tersebut.

- Galeri Gambar

Melaka International Bowling Centre

Pertandingan Persahabatan Boling antara warga Yayasan Melaka dan Majllis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah diadakan pada 22 Februari 2016 bertempat di Melaka International Bowling Centre. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Hj Zaini bin Md. Nor dan YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Tn Hj. Mansor bin Sudin dengan melakukan balingan pertama pertandingan. Turut hadir serta menyertai pertandingan ialah Setiausaha MPHTJ, Tn. Hj. Othman bin Hj. Ab. Latif. Objektif utama pertandingan tersebut diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan kerja dan silaturahim antara warga Yayasan Melaka dan Majllis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Pertandingan telah berjalan dengan lancar dengan suasana ceria yang disertai sebanyak 6 kumpulan terdiri daripada warga Yayasan Melaka dan Majllis Perbandaran Hang Tuah Jaya.  Pertandingan ini telah dimenangi oleh  Kumpulan Lelaki Yayasan Melaka.

- Galeri Gambar

Penjara Sungai Udang

Program Lawatan Ke Penjara telah diadakan pada 16 Februari 2016 bertempat di Penjara Sungai Udang. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan taklimat dan pendedahan tentang proses dalam memenjarakan pesalah-pesalah jenayah dan ianya juga salah satu program menerapkan nilai integriti anggota Yayasan Melaka. Seramai 30 orang anggota Yayasan Melaka telah mengikuti lawatan tersebut termasuk Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Hj. Zaini Bin Md. Nor

 

- Galeri Gambar

Dewan Citra Kasih, Ayer Keroh Melaka

Majlis Taklimat Program Sumbangan Motivasi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka telah diadakan pada 4 Februari 2016, bertempat di Dewan Citra Kasih, Ayer Keroh, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron. Hadir sama, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Md. Yunus Husin, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka (YM) Datuk Shamsudin Mehat, Pengurus Besar YM Datuk Zaini Md Nor, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Md. Rashid Sidek serta 314 pengetua dan guru besar negeri ini.

berita lanjut

 

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 1/2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 26 Januari 2016. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Undang_Undang.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cik Nurul Adeela Syafiqa Binti Annuar, Pengurus Undang-Undang. Didalam ucapan, beliau,telah memaklumkan fungsi dan tugas-tugas bahagian Undang-Undang. Beliau memaklumkan sebagai anggota baru di Yayasan Melaka berharap semua anggota Yayasan Melaka dapat memberi  kerjasama dengan beliau dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memaklumkan beberapa kes Undang-Undang yang dapat diselesai dengan kemenangan. Hanya 2 kes yang mendapat kekalahan. Beliau juga memaklumkan walaupun bahagian Undang-Undang kecil tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar kepada Yayasan Melaka. Pengurus Besar juga berharap semua anggota perlu merujuk kepada bahagian Undang-Undang sekiranya terdapat perkara-perkara yang melibatkan Undang-Undang.

Yayasan Melaka akan membangunkan projek pembangunan dengan sendiri di mana satu projek perumahan di Merlimau akan dijalankan. Yayasan Melaka juga bercadang untuk memberi bekalan nasi lemak kepada semua penyewa di Apartment Yayasan Melaka bagi membantu pelajar yang mengalami isu ikat perut. Beliau juga telah memaklumkan prestasi kewangan Yayasan Melaka dan mencadangkan Kursus Team Building kepada Anggota.

Seterusnya beliau menyampaikan amanat yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri di dalam Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri yang telah berlangsung pada 26 Januari 2016.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Disember.

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Majlis solat sunat dhuha, bacaan Yassin dan penyampaian hadiah bagi karnival sukan Yayasan Melaka telah diadakan pada 22 Januari 2016 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM). Acara telah dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan diikuti dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh En. Jamaludin Bin Daud.  Datuk Zaini Bin Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka selaku Penasihat KSKYM telah menghadiri majlis ini. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Datuk Zaini Bin Md Nor kepada pemenang-pemenang Karnival Sukan Yayasan Melaka. Kumpulan IRIS telah memenangi johan keseluruhan.

 

- Galeri Gambar 1

Tapak Projek Berhadapan Graha Maju

BERITA LANJUT SILA LIHAT DI KERATAN AKHBAR

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

- Galeri Gambar 3

Dewan Citra Kasih, Ayer Keroh Melaka

Pada 31 Disember 2015, Yayasan Melaka telah melancarkan Biasiswa Yayasan Melaka dimana ilham pemberian biasiswa ini dicetuskan oleh Pengerusi Yayasan Melaka iaitu YAB Ketua Menteri Melaka. Majlis ini telah dihadiri oleh tujuh puluh (70) orang pelajar yang menerima biasiswa serta ibubapa dan pengetua sekolah yang terlibat.

Di dalam majlis ini acara dimulakan dengan sesi taklimat daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Zaini Bin Md Nor. Beliau telah menerangkan matlamat biasiswa ini dan kriteria pemberian. Seterusnya sesi ceramah motivasi telah diadakan dimana  En. Mustafa Bin Musa, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) sebagai penceramah.

Majlis perasmian dan penyampaian bagi Taklimat Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Melaka telah dirasmikan oleh  YB Datuk Md Rawi bin Mahmud yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Didalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada Yayasan Melaka kerana berusaha membantu Kerajaan Negeri memartabatkan bidang pendidikan di Negeri ini. Kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka turut memperuntukan sejumlah RM96,000 ribu pada tahun 2016 bagi pemberian sumbangan Biasiswa ini RM80.00 seorang sebulan secara tetap kepada 100 orang pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. 

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua pelajar.

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Rumah Citra Kasih, Ayer Keroh

Kelab Sukan & Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM) telah mengadakan Program Motivasi Anak Soleh & Qiamullail Di Rumah Citra Kasih Pada 04 & 05 Disember  2015. Kem ini adalah anjuran bersama KSKYM.

Penasihat KSKYM YBhg. Datuk Zaini Bin Md Nor merasmikan majlis motivasi ini pada 4 Disember. 2015 (9 malam ) dan memaklumkan program ini dianjur untuk anak-anak ahli kelab yang berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti persekolahan selain menambahkan ilmu pengetahuan, memberi semangat motivasi dan mengeratkan silaturahim antara anak-anak ahli KSKYM. YBhg Datuk Penasihat KSKYM juga menyarankan agar program ini dapat diteruskan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Program ini diadakan di Rumah Citra Kasih memandangkan Rumah Citra Kasih ini sesuai untuk program-program motivsi selain majlis perkahwinan dan hari keluarga bagi tujuan mempromosikan Rumah Citra Kasih ini.

Peserta program ini melibatkan 64 peserta dikalangan anak-anak ahli kelab sukan kebajikan 

- Galeri Gambar 1

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 9/2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 1 Disember 2015. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Projek.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pn. Azlinah Bint Aziz , Pengurus Projek. Didalam ucapan, beliau telah memaklumkan perkembangan aktiviti semasa dan akan datang projek-projek pembangunan Yayasan Melaka. Antara Projek yang terbesar yang bakal diusahakan adalah pembinaan bangunan baru Yayasan Melaka di Bandar Melaka.

Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau memberi nasihat kepada semua anggota supaya sentiasa memastikan kerja-kerja atau perkara yang kecil dipastikan ia berjalan dengan lancar dan teratur sebagai tanda aras kualiti kerja yang baik dan cermerlang. Beliau juga menasihatkan agar semua anggota berfikiran ke arah kecermerlang keinsanan iaitu menjadi individu yang ikhlas dalam apa jua tindakan bukannya mengharapkan pujian atau pun penghargaan berbentuk material.

YBhg Pengurus Besar juga memaklumkan bahawa Yayasan Melaka akan membuat upacara Majlis Pecah Tanah bagi bangunan baru Yayasan Melaka pada 11 Januari 2016 di tapak pembanguanan. Beliau berharap semua anggota berkerjasama untuk menjayakan majlis ini supaya ia menjadi yang terbaik. Seterusnya beliau memaklumkan perkembangan terkini aktiviti  dan kedudukan kewangan Yayasan Melaka.


Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Oktober dan November.

- Galeri Gambar

Dewan Citra Kasih, Ayer Keroh Melaka

Pertandingan Ping Pong Tertutup Karnival Sukan Yayasan Melaka telah diadakan pada 27 November 2015 di Dewan Citra Kasih, Ayer Keroh Melaka.

Pertandingan ini telah disertai oleh anggota Yayasan Melaka yang telah dibahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu Iris, Hellyconia, Lantana Camara dan Refflesia. Pertandingan ini telah menangi oleh kumpulan Hellyconia. 

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Pejabat Tanah dan Galian Melaka Tengah

Pertandingan Ping Pong Persahabatan antara Yayasan Melaka dengan Pejabat Tanah dan Galian Melaka Tengah telah diadakan pada 25 Nov 2015. Pertandingan telah diadakan di Pejabat Tanah dan Galian Melaka Tengah. Keputusan perlawanan telah berpihak kepada Yayasan Melaka dengan aggregat 3 - 2.

- Galeri Gambar

Dewan MSN Ayer Keroh Melaka

Pertandingan Badminton Tertutup Karnival Sukan Yayasan Melaka telah diadakan pada 3 November 2015 di Dewan MSN, Ayer KerohMelaka. Pertandingan ini telah disertai oleh anggota Yayasan Melaka yang telah dibahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu Iris, Hellyconia, Lantana Camara dan Refflesia. Pertandingan ini telah menangi oleh kumpulan IRIS. Datuk Zaini Bin Md. Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka telah turut serta di dalam pertandingan tersebut.

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Pertandingan Dart Tertutup Yayasan Melaka telah diadakan pada 16 Ogos 2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh anggota Yayasan Melaka yang telah dibahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu Iris, Hellyconia, Lantana Camara dan Refflesia. Pertandingan ini telah menangi oleh kumpulan IRIS.

- Galeri Gambar 1

Pantai Pengkalan Balak, Kuala Sungai Baru, Melaka

MASJID TANAH – Seramai 772 kaki pancing dari seluruh negara berentap dalam Pertandingan Memancing Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 yang berlangsung di Pantai Kampung Sungai Tuang dan Kampung Telok Gong pada Ahad lepas.

Sebahagian peserta dari luar Melaka telah hadir bersama keluarga masing-masing dengan berkhemah di sepanjang pantai sejak petang semalam bagi memastikan mereka tidak terlepas menyertai acara tersebut.

Siren tanda mulanya pertandingan telah dibunyikan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Shamsudin Mehat bersama Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Md Nor tepat jam 9.00 pagi. Pertandingan selama empat jam yang berakhir pada jam 1 tengahari menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 beserta sijil penyertaan.

Muhammad Faris Jamil dari Batu Pahat, Johor menjuarai pertandingan ini dengan membawa pulang RM25,000 kerana berjaya menaikkan seekor ikan pari seberat 7.165 kilogram. Tempat kedua dimenangi oleh Rajaidz Wan Raja Othman dari Klang, Selangor menerima RM7,000 dan ketiga RM3,000 dimenangi oleh Khairul Munir Mohd Gerto dari Pontian, Johor.

Sebuah motosikal turut disediakan sebagai hadiah utama cabutan bertuah yang telah berjaya dibawa pulang oleh peserta tempatan Samat Abd Aziz dari Telok Gong, Melaka.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, YB Datuk Ar. Ismail Othman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Badminton Kampung Sungai Tuang.

Sementara itu, dalam ucapannya Datuk Ar. Ismail Othman berkata, beliau amat mengalu-alukan lebih banyak lagi penganjuran seperti ini dilaksanakan dengan matlamat untuk meningkatkan kehadiran pengunjung di kawasan tersebut.

"Kita mahu jadikan pantai di kawasan DUN Kuala Linggi sebagai pilihan utama kaki pancing dan pada masa yang sama akan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan," katanya.

Turut hadir semasa majlis tersebut Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Md Nor; Pegawai Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka, Masri Mohd Arop; Pengerusi JKKK Kampung Sungai Tuang, Mohammad Abu Hassan dan Pengurus Joran Emas Global, Amran Othman.

Pertandingan Memancing Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015 dianjurkan oleh Yayasan Melaka dengan kerjasama daripada Joran Emas Global, Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka, JKKK Kampung Sungai Tuang dan JKKK Kampung Telok Gong.

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

- Galeri Gambar 3

- Galeri Gambar 4

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 8/2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 29 September 2015. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Noor Afandi Bin Hasan, pengurus Pengurusan Sumber Manusia. Didalam ucapan, beliau telah menerangkan serba ringkas mengenai cuti-cuti yang boleh diambil oleh anggota Yayasan Melaka.
Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor. Di dalam perutusan, beliau menerangkan mengenai faktor-faktor penurunan nilai matawang ringgit. Selain daripada itu, beliau memaklumkan perkara-perkara berkaitan Pembelian hartanah baru Yayasan Melaka, HARUM dan etika kerja di pejabat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota Yayasan Melaka yang telah menyertai perarakan Hari Kemerdekaan yang lalu. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa yang menganjurkan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Hari Keluarga Yayasan Melaka yang lalu. Beliau berharap supaya majlis itu akan ditambahbaik pada masa akan datang.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Ogos dan September.

Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Hari Keluarga Yayasan Melaka telah diadakan pada 18 September hingga 20 September 2015 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemelang telah diadakan pada 19 September 2015 di Bilik Arabian , Bukit Gambang Resort. Seramai 11 Anggota Yayasan Melaka yang telah mendapat penganugerahan yang disampaikan oleh Datuk Shamsudin Bin Mehat, Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan Datuk Zaini Bin Md. Nor Pengurus Besar Yayasan Melaka. Pada keesokan harinya pula telah diadakan Acara Sukaneka yang disertai oleh semua anggota Yayasan Melaka.

- Galeri Gambar Makan Malam APC

- Galeri Gambar Makan Malam APC

- Galeri Gambar Sukaneka 1

- Galeri Gambar Sukaneka 2

- Galeri Gambar Sukaneka 3

- Galeri Gambar Sukaneka 4

Pusat Bowling MITC

Pertandingan Bowling Tertutup Yayasan Melaka telah diadakan pada 11 September 2015 di Pusat Bowling MITC, Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh anggota Yayasan Melaka yang telah dibahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu Iris, Hellyconia, Lantana Camara dan Refflesia. Pertandingan ini telah menangi oleh kumpulan IRIS yang mana kumpulan yang disertai oleh Pengurus Besar Yayasan Melaka Datuk Zaini Bin Md. Nor.  

 

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Majlis solat sunat dhuha, solat hajat dan bacaan Yassin bagi anak-anak Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM) yang akan menduduki peperiksaan Tahun 2015 telah diadakan pada 2 September 2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM). Acara telah dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan diikuti dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh En. Jamaludin Bin Daud. Datuk Shamsudin Bin Mehat ,Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan Datuk Zaini Bin Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka selaku Penasihat KSKYM telah menghadiri majlis ini. Di dalam majlis ini KSKYM telah memberi cenderahati yang merupakan peralatan alat tulis kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR,PT3 dan SPM yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka. Majlis telah diakhiri dengan sambutan hari jadi Datuk Shamsudin Bin Mehat, Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka 

 

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Pertandingan Congkak Tertutup Yayasan Melaka telah diadakan pada 7 Ogos 2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh anggota Yayasan Melaka yang telah dibahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu Iris, Hellyconia, Lantana Camara dan Refflesia. Pertandingan ini telah menangi oleh kumpulan IRIS. Datuk Zaini Bin Md. Nor, Pengurus Besar Yayasan Melaka telah merasmikan pertandingan tersebut.

- Galeri Gambar 1

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 7/2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 4 Ogos 2015. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Kewangan & Hasil. Perhimpunan dimulakan dengan ceramah oleh En. Mohd. Fauzi Bin Shadollah dari Unit Pendakwaan, SPRM Melaka bertajuk Akta Pelinduangan Pemberian Maklumat. 

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pn. Nur Idayu  Norhasim, pengurus Kewangan & Hasil. Acara diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka. Di dalam perutusan beliau memaklumkan perkara-perkara berkaitan ladang kepala sawit Di Sabah dan kedudukan kewangan Yayasan Melaka. Beliau juga menasihatkan kepada semua Anggota Yayasan Melaka supaya sentiasa berhati-hati dengan tindakan yang mereka lakukan berkaitan dengan isu semasa sekarang.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Jun dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sketsa Video Ucapan Hari Raya Peringkat Yayasan Melaka.

 

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Majlis bacaan Yassin dan solat sunat Dhuha telah diadakan pada 31 Julai 2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM). Acara telah dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan diikuti dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh En. Jamaludin Bin Daud. Pengurus Besar Yayasan Melaka telah menhadiri majlis ini yang merupakan Penasihat KSKYM. . Acara diteruskan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri dimana sumbangan makanan adalah daripada anggotan Yayasan Melaka.

 

 

- Galeri Gambar

Masjid Al Kauthar, Kampung Umbai

Yayasan Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung Umbai Pantai dan Jawatankuasa Masjid Al-Kauthar Kampung Umbai telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawikh dan Penyampaian Sumbangan bersempena Bulan Ramadhan 1436H pada 11 Julai 2015 (Sabtu) bertempat di Masjid Al Kauthar, Kampung Umbai, Melaka.

Pada majlis ini seramai 200 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin, OKU, warga uzur, warga emas dan ibu tunggal dari Kampung Umbai menerima wang tunai dan sekampit beras. 

Majlis turut disertai oleh YB Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hj Hamzah  Ahli Parlimen Jasin, YBhg. Datuk Shamsudin Bin Mehat Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka dan YBhg. Datuk Hj. Zaini Bin Md Nor Pengurus Besar Yayasan Melaka yang turut sama memberi sumbangan dengan tetamu istimewa ini.

Pihak Jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kehadiran semua.

 

 

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 6/2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 30 Jun 2015. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini perhimpunan dimulakan dengan ceramah Ramadhan oleh Ustaz Abdul Manap Bin Mohamad, Penolong Pegawai Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka.

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka. Di dalam perutusan beliau memaklumkan perkara-perkara berkaitan LNPT, Promosi Rumah Citra kepada Anggota YM, Majlis Berbuka Puasa YM dan kedudukan kewangan Yayasan Melaka.

Beliau juga memaklumkan pembukaan pusat Dobi yang ditempatkan di Apartment Yayasan Melaka di Jalan Tun Ali, Melaka. Beliau berharap lebih promosi dijalankan bagi menarik pelanggan luar untuk menggunakan perkhidmatan dobi itu disamping pelajar-pelajar sedia ada di Apartment tersebut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Jun.

 

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Rumah Citra Kasih, Ayer Keroh

Majlis Sumbangan Program Motivasi Sekolah - Sekolah Negeri Melaka Mengikut Dun 2015 telah diadakan pada 16 Jun 2015 di Rumah Citra Kasih, Ayer Keroh. Majlis ini telah dihadiri oleh YB. Datuk Seri Ir. Idris Bin Haron, Ketua Menteri Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil sekolah yang terlibat.

Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya lebih gigih dan komited untuk mencapai kecemerlangan diri dan dapat meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik . Di dalam majlis ini sekolah yang terlibat adalah tersenarai di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berjumlah 313 buah sekolah Menengah dan rendah dari semua parlimen di Negeri Melaka.

 

- Galeri Gambar

Rumah Citra Kasih, Ayer Keroh

Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka telah menganjurkan program motivasi untuk anak-anak anggota Yayasan Melaka. Program telah diadakan pada 3 Jun 2015 bertempat  di Rumah Citra Kasih, Ayer Keroh ,Melaka. Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin daripada Jazim Motivation Group. Seramai 52 orang peserta yang berumur dari 6 hingga 17 tahun. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang menarik minat peserta. Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil oleh Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Melaka, YBg Datuk Haji Zaini Bin Md. Nor Pengurus Besar Yayasan Melaka.

 

- Galeri 1

- Galeri 2

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Majlis bacaan Yassin dan solat sunat Dhuha telah diadakan pada 29 Mei 2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM). Acara telah dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan diikuti dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh En. Mohamad Nor Arifin Bin Ahmad Sabri. Pengurus Besar Yayasan Melaka telah menhadiri majlis ini yang merupakan Penasihat KSKYM. Di dalam majlis ini, telah diadakan cabutan nombor bagi pembahagian kumpulan kepada semua anggota untuk Karnival Sukan Tertutup Kelab Sukan & Kebajikan Yayasan Melaka 2015. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang dibawa oleh kakitangan Yayasan Melaka.

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 5/2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka telah diadakan pada 26 Mei 2015. Perhimpunan kali ini dihostkan oleh Bahagian Audit Dalam & Integriti. Perhimpunan dimulakan dengan ceramah oleh Pn. Zuriati Binti Ariffin, Ketua Unit Pemeriksa & Perundangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ceramah bertajuk Akta SPRM dan Kesan Pelanggaran sangat menarik dengan isi kandungan yang menarik.

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan perutusan daripada Pengurus Besar Yayasan Melaka. Di dalam perutusan beliau memaklumkan perkara-perkara berkaitan dengan tugas anggota dan kedudukan kewangan Yayasan Melaka.Beliau juga memaklumkan berkembangan pembinaan bangunan baru Yayasan Melaka yang akan dibina bandar Melaka setinggi 25 tingkat selama dua setengah (2 1/2) tahun.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Mei dan acara pemotongan kek.

- Galeri Gambar

Melaka Tropikal Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka

Kursus Peningkatan Prestasi Dan Kecintaan Organisasi telah diadakan pada 15hb Mei 2015 hingga 17hb Mei 2015 (Siri 1) dan 22hb Mei 2015 hingga 24hb Mei 2015 (Siri 2)  bertempat Melaka Tropikal Fruit Farm (MTFF), Sungai Udang Melaka. Kursus ini dihadiri oleh semua anggota Yayasan Melaka iaitu siri 1 seramai 19 orang terdiri daripada kumpulan pengurusan, manakala bagi siri 2 dihadiri oleh kumpulan sokongan anggota Yayasan Melaka seramai 73 orang.

Di dalam kursus ini, peserta telah menjalani beberapa aktiviti yang lasak dan menarik seperti Rafting Lake Crossing & Water Confident,  Flying Fox, Agro Explorace dan Jungle Trekking. Disamping itu juga aktiviti latihan dalam kelas dan kuliah agama juga diadakan. Melalui kursus ini banyak pengalaman baru yang dirasai oleh semua peserta.

Semua anggota Yayasan Melaka telah dibahagi mengikut kumpulan dengan nama kumpulan berasaskan nama kuih tradisional melayu. Di dalam kursus ini, sifar kerjasama dan tolak ansur amat ditekan dimana ia akan diamalkan semasa membuat tugasan di pejabat. Kursus ini diakhiri dengan sesi bersama Pengurus Besar Yayasan Melaka. Didalam taklimat yang diberi beliau meminta supaya semua anggota menjadi seperti Raja, Perwira, Ahli Silap Mata dan Pengasih mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

 

- Galeri Gambar 1

- Galeri Gambar 2

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Majlis bacaan Yassin dan solat sunat Dhuha telah diadakan pada 15 Mei 2015 di Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka (KSKYM). Acara telah dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan diikuti dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh En. Hj. Mohd Suhaimi Bin Hj. Mat Kasim, Imam Masjid Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Pengurus Besar Yayasan Melaka telah menhadiri majlis ini yang merupakan Penasihat KSKYM. Di dalam majlis ini juga YBhg. Datuk Hj. Zaini , Pengurus Besar Yayasan Melaka telah melancarkan Tabung Kebajikan Biro Agama KSKYM. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang dibawa oleh kakitangan Yayasan Melaka.

 

- Galeri Gambar

Ruang Perhimpunan Yayasan Melaka

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 4/2015 di Ruang Legar Perhimpunan telah diadakan pada 28 April 2015. perhimpunan telah dimulakan taklimat integriti dari Ketua Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri, En Mohamad Ikram Bin Ibrahim. Didalam perucapan Pengurus Besar, beliau memberitahu tentang penstrukturan semula anak syarikat Yayasan Melaka. Penstrukturan ini bertujuan untuk menumpukan anak syarikat yang membawa keuntungan kepada Yayasan Melaka sahaja. Kesan daripada penstrukturan ini, Yayasan Melaka telah mendapat keuntungan yang baik. Beliau juga memaklumkan bahawa Yayasan Melaka akan mengadakan kursus team building kepada semua anggota Yayasan. YBhg Datuk Zaini mengakhiri ucapan dengan mutiara kata berikut: "BELAJAR DARI SEMALAM, HIDUP HARI INI DAN HARAPAN UNTUK ESOK"

Bilik Mensyuarat Aras Bawah Bersebelahan Bahagian Undang-undang

Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Zohor berjemaah Merupakan Aktiviti Rutin Yang Dianjurkan Oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Melaka Bagi Mengukuhkan Ukhwah Dikalangan Anggota

Bahagian Pentadbiran

Majlis meraikan pelajar praktikal Yayasan Melaka telah diadakan pada 13 March 2015 bertempat di pejabat Yayasan Melaka. Seramai enam(7) orang pelajar daripada Melaka International Science & Technologi(MiCOST), Institut Penilaian Negera(INSPEN) dan Politeknik Mara.Pengurus Besar berharap pelajar yang telah menjalani latihan pratikal di Yayasan Melaka dapat digunakan bila berada di alam perkerjaan. Jesteru itu segala khidmat kerja dan jasa pelajar praktikal sangat dihargai.

Bilik Kelab Sukan & Kebajikan

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka bil 3/2015 di bilik kelab sukan & Kebajikan telah diadakan pada 6 March 2015. Didalam perucap Pengurus Besar Mengalukan anggota-anggota Yayasan Melaka yang bertugas di Tabung Amanah Pendidikan Kembali bertugas di Yayasan Melaka. Beliau juga membentangkan projek-projek Yayasan Melaka yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Datuk Zaini meminta supaya setiap hari selasa minggu ke-4 semua anggota Yayasan Melaka memakai T-shirt rasmi jabatan sempena Hari Integriti Yayasan Melaka yang diadakan pada setiap bulan.

 

Bilik Mensyuarat Aras Bawah Bersebelahan Bahagian Undang-undang

Perhimpunan bulanan Yayasan Melaka telah diadakan pada 13 Februari 2015 di Bilik Mesyuarat Pejabat Yayasan Melaka Di Bukit Katil. Didalam ucapan Pengurus Besar Datuk Zaini , beliau telah menerangankan apakah itu Melaka Maju Fasa Ke 2. Empat perkara yang ditekan oleh Datuk Zaini iaitu maju dari segi perkhidmatan sektor kerajaan yang lebih berkualiti memenuhi keteria sebagai negeri maju. Kedua sikap masyarakat yang berfikiran maju seperti rakyat negeri maju dari segi pemikiran dan sikap yang baik. Ketiga persekitaran seperti negeri maju dengan suasana hidup yang selasa, bersih, jiran yang bertimbang rasa dan selamat. Keempat rakyat Negeri Melaka sendiri berbangga dengan negeri Melaka dan orang luar juga berbangga dengan negeri Melaka juga. Beliau juga telah menerangkan apakah GST yang akan dilaksanakan pada April ini Datuk Zaini juga berharap agar perhimpunan akan datang, host bagi perhimpunan bulanan akan menganjurkan satu permainan indoor untuk semua anggota. Beliau juga berharap agar setiap anggota Yayasan Melaka mengamalkan integriti terutama yang membabitkan kerahsiaan jabatan. Beliau juga meminta agar majlis bacaan yassin dan solat zuhur dibuat dua kali dalam sebulan. Didalam Perhimpunan ini juga telah diadakan majlis perpisahan untuk Puan Suzilawati, Pengurus Undang-Undang Yayasan Melaka yang akan berpindah ke Majlis Perbandaran Jasin bermula 16 Februari 2015 dan sambutan hari jadi anggota Yayasan Melaka bagi bulan Februari.