PELUANG PEKERJAAN


RALAT : Yayasan Melaka mengambil maklum semasa siaran iklan jawatan kosong pada jam 3.00 petang, 18 September 2019 (Rabu) terdapat kesilapan paparan teks yang melibatkan pelawaan bagi jawatan Akauntan (WA41), Penolong Jurutera (JA29), Pembantu Tadbir (N19) dan Pegawai Khidmat Pelanggan (N19). Permohonan adalah dipelawa daripada semua anak Negeri Melaka (Bumiputera diutamakan). Kesilapan adalah tidak disengajakan dan pembetulan segera telah dibuat. Pihak Yayasan Melaka memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul akibat kesilapan ini. Terima Kasih. .


Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Melaka seperti dibawah :


  1. Akauntan - WA41
    Jumlah Kekosongan : 1
    Taraf Jawatan : Tetap
    Klik untuk maklumat terperinci

  2. Penolong Jurutera - JA29
    Jumlah Kekosongan : 1
    Taraf Jawatan : Tetap
    Klik untuk maklumat terperinci

  3. Pembantu Tadbir (P/O) - N19
    Jumlah Kekosongan : 1
    Taraf Jawatan : Tetap
    Klik untuk maklumat terperinci

  4. Pegawai Khidmat Pelanggan (P/O) - N19
    Jumlah Kekosongan : 1
    Taraf Jawatan : Tetap
    Klik untuk maklumat terperinci


  File : Iklan Jawatan & Borang Permohonan
 

CARA-CARA MEMOHON :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Yayasan Melaka
  2. Borang boleh dimuatturun dengan melayari Laman Web Rasmi Yayasan Melaka di alamat URL : www.yayasanmelaka.gov.my
  3. Permohonan hendaklah lengkap dengan salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 September 2019.
  5. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :
     
    YAYASAN MELAKA
    NO 40 - 48 & 52, JALAN BKD 27,
    TAMAN BUKIT KATIL DAMAI 2,
    75450 BUKIT KATIL,
    MELAKA.
    (U/P : BAHAGIAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA)

Catitan :
- Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan / temuduga hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
- Pentadbiran Yayasan Melaka tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.