Bio:
YBhg. Datuk Yusof Jantan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Yayasan Melaka berkuatkuasa pada 1 April 2020.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia.
YBhg. Datuk Yusof Jantan juga berpengalaman di pelbagai Agensi Kerajaan Negeri Melaka sebagai penjawat awam berstatus kontrak
selama 16 tahun dan pernah berkhidmat di Yayasan Melaka selama 5 tahun bermula pada 01 Januari 2003 hingga 10 Februari 2008
sebagai Pengurus Besar.
Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Tanah dan Adat Negeri Melaka (PERTAM) bergred Jusa C sehingga tahun 2018 dan sehingga kini bertindak sebagai Komander di Rejimen 514 Askar Wataniah Negeri Melaka sejak tahun 2009 berpangkat Brigedier Jeneral.
Bio:
Pn. Azlinah Binti Aziz memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan Projek. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada Universiti Tun Hussein Onn.
Pn. Azlinah Binti Aziz pernah bertugas di Syarikat Usaha Jaya sebagai Jurutera Projek mulai Januari 2003 hingga November 2003. Pernah menjadi Pengurus Syarikat di
PERZIM Heritage Sdn. Bhd. mulai Disember 2003 hingga November 2005.
Memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka sebagai Pengurus Projek mulai
1 Disember 2005 hingga kini.
Bio:
En. Noor Afandi Bin Hasan bertugas sebagai Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Benda daripada Universiti Teknologi Malaysia.
En. Noor Afandi Bin Hasan pernah bertugas di Arteesee Development sebagai Eksekutif Pembangunan Tanah mulai tahun 2000 hingga 2002 dan sebagai
Eksekutif Penilaian Harta di Raine & Horne International Zaki & Partners Sdn. Bhd. mulai tahun 2002 hingga 2004.
Memulakan perkhidmatan sebagai Pengurus Harta & Pemasaran di Yayasan Melaka pada 1 Mei 2004 dan kemudian ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia pada 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2019
dan kini bertugas sebagai Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan.
Bio:
En. Azhar Bin Ayub berkhidmat sebagai Pengurus Pentadbiran Sumber Manusia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (HRD) Kepujian Kelas Kedua Tinggi daripada Universiti Putra Malaysia.
Memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka semasa Yayasan Melaka mula ditubuhkan pada 1984 dengan jawatan sebagai Pembantu Tadbir hingga tahun 2004. Selepas itu, beliau dinaikkan
pangkat sebagai Pembantu Tadbir Kanan mulai tahun 2004 hingga 2005. Selepas mendapat diploma, beliau terus dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Tadbir mulai tahun 2005
hingga 2010.
Berkat usaha beliau selepas mendapat ijazah, En. Azhar Bin Ayub telah dilantik sebagai Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia bermula mulai tahun 2010 hingga 2014.
Kemudiannya pada 1 Januari 2015, beliau ditukar lantik sebagai Pengurus Harta dan seterusnya ditukar lantik sebagai Pengurus Integriti & Perhubungan Awam mulai 1 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2019.
Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran Sumber Manusia.
Bio:
Pn. Badariah Binti Ahmad berkhidmat sebagai Pengurus Pentadbiran Kualiti & Integriti. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam daripada Universiti Utara Malaysia.
Beliau pernah bertugas sebagai guru sandaran tanpa latihan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mulai tahun 1991 hingga 1992. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai
Pengurus Personel di Long Bow Manufacturing Sdn Bhd mulai tahun 1992 hingga 1995.
Memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka sebagai Pengurus Bantuan dan Pendidikan pada tahun 1995. Pada tahun 2000 beliau telah dipinjamkan ke Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
(TAPEM) sebagai Pengurus Tadbir. Seterusnya beliau kembali ke Yayasan Melaka sebagai Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia mulai tahun 2005 hingga 2009. Bermula tahun 2010 beliau
telah ditugaskan sebagai Pengurus Kualiti dan seterusnya ditukar lantik sebagai Pengurus Audit Dalam dan Integriti dan seterusnya sebagai Pengurus Pentadbiran Kualiti & Aset mulai 1 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2019.
Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran Kualiti & Integriti.
Bio:
Pn. Nur Idayu Binti Norhasim berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Hartanah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian daripada Universiti Teknologi MARA.
Beliau pernah bertugas sebagai Audit Associate di KPMG bermula Januari 2006 hingga April 2007.
Memulakan Perkhidmatan di Yayasan Melaka sebagai Pegawai Akaun bermula pada Mei 2007 hingga April 2010. Pada April 2010 beliau telah dilantik sebagai Akauntan dan
pada 1 Januari 2015 beliau telah ditukar lantik sebagai Pengurus Kewangan dan Hasil. Tanggal 1 Januari 2018 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan Kewangan dan Hasil
dan mulai 1 Januari 2020 beliau ditugaskan sebagai Pengurus Kanan Hartanah sehingga kini.
Bio:
Pn. Kamisah Binti Sakidin berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Pengurusan Kewangan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan daripada University Of Hull, United Kingdom.
Pn. Kamisah Binti Sakidin pernah bertugas sebagai Eksekutif Akaun di Zarina Holdings Sdn Bhd mulai Disember 1996 hingga Mei 1998. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai
Pensyarah di Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah mulai Julai 1999 hingga November 2004.
Memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka sebagai Pegawai Akaun pada Disember 2004 hingga November 2011. Bermula Disember 2011 beliau telah ditugaskan sebagai Pengurus Korporat, kemudiannya
pada 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2017 beliau telah ditukar untuk bertugas sebagai Pengurus Pemasaran dan Pelaburan.
Tanggal 1 Januari 2018 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan Pemasaran dan Pelaburan dan mulai 1 Januari 2020 beliau ditugaskan sebagai Pengurus Kanan Pengurusan Kewangan sehingga kini.
Bio:
En. Md. Syahrudin Bin Md. Dawam berkhidmat sebagai Pengurus Korporat & Perhubungan Awam. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA.
Memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka sebagai Pegawai Akaun pada Februari 2006. Kemudian diserapkan ke jawatan tetap sebagai Juruaudit pada April 2010 sehingga Disember 2014.
Mulai 1 Januari 2015 beliau telah dilantik ke jawatan Pengurus Korporat dan Perhubungan Awam dan mulai 1 Oktober 2016 beliau telah ditukar lantik jawatan sebagai Pengurus Korporat & Audit Dalam hingga 31 Disember 2019.
Kini beliau menjawat jawatan Pengurus Korporat & Perhubungan Awam.
Bio:
Puan Aminah Binti Abod berkhidmat sebagai Pengurus Teknologi Maklumat. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian Internet) daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Beliau pernah bertugas sebagai Jurutera Sistem di National Semiconductor mulai tahun 2000 hingga Julai 2001.
Memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka sebagai Pengurus Teknologi Maklumat mulai 1 Ogos 2001 hingga kini.
Bio:
Cik Nurul Adeela Syafiqa binti Annuar adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (BLS Hons) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2013 dan mendapat
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2014.
Beliau telah diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada
8 Januari 2015 dan pernah bertugas sebagai Peguam di sebuah firma guaman di Melaka
Pada 4 Januari 2016, beliau telah memulakan perkhidmatan di Yayasan Melaka dan ditempatkan di Bahagian Undang-Undang sebagai Pegawai Undang-Undang Yayasan Melaka hingga kini.
Bio:
En. Zawawi bin Mat Kahar merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Siasah Syariyyah)(Kepujian) dari
Universiti Malaya (UM) pada 2001.
Beliau telah memulakan perkhidmatan pada tahun 2003-2005 sebagai Trainer di Sapura Advanced System (SAS), Sapura Holding Berhad.
Sesudah itu, pada Januari 2006, beliau telah berkhidmat di Yayasan Melaka dan ditempatkan di Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
sebagai Pengurus Pentadbiran dan Operasi selama 9 tahun.
Pada tahun 2015, beliau telah di tempatkan di Unit Korporat & Perhubungan Awam. Selain itu, beliau telah di amanahkan sebagai
Pegawai Tadbir di Kediaman Pelajar Yayasan Melaka bermula pada Ogos 2016 sehingga 31 Disember 2019.
Terkini, beliau dipertanggungjawabkan sebagai Pengurus Audit Dalam & Pendidikan, Yayasan Melaka bermula 6 Januari 2020 hingga kini.
Tarikh Kemaskini : 21 October 2020
Pelawat :
Statistik
Imbas Kod QR ini bagi melayari Portal Rasmi menggunakan mobil
Yayasan Melaka
Bangunan Yayasan Melaka, MITC, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Tel:06-2311822 Fax:06-2311307
Email: admin[at]yayasanmelaka.gov.my
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Yayasan Melaka (YM)
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 ke atas dan Mozilla Firefox versi 3 ke atas serta resolusi monitor 1280 x 1024.