• Tel : + 606 2311 822

  • Fax : + 606 2311 307

Pertandingan Memancing Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017


Pada 26 November 2017, seramai 320 orang menyertai Pertandingan Memancing sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017 yang dianjurkan oleh Yayasan Melaka dengan kerjasama Joran Emas di Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka.

Pada pertandingan tersebut, tempat pertama telah dimenangi oleh saudara Dolmi dari Tangga Batu yang telah menjinakkan ikan pari seberat 970 gram dan melayakkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.00. Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh saudara Jat dari Sungai Udang dengan hasil tangkapan ikan Linang seberat 470 gram dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 dan tempat ketiga dimenangi oeh saudara Din Petronas dari Tangga Batu dengan hasil tangkapan ikan Daun Baru seberat 360 gram serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00.

Turut diadakan cabutan nombor bertuah untuk para peserta yang menyertai pertandingan memancing ini dengan tawaran hadiah utama berupa sebuah motosikal Jenis Modenas Kriss yang telah dimenangi oleh saudara Mohd Nasir Maidin dari Pengkalan Balak.

Hadiah-Hadiah tersebut telah disampaikan oleh En. Noor Afandi Bin Hasan, Pengurus Kanan Pentadbiran dan Sumber Manusia Yayasan Melaka dan turut hadir sama, En. Adham Bin Ahmad Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Negeri Melaka.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka telah di adakan di Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 2 November 2017.

Majlis tersebut yang disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Harun di mana melibatkan Projek Penambakan Laut Seluas 400 ekar kawasan XLVI, Daerah Melaka Tengah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Pengurus Besar Yayasan Melaka dan juga Ahli Lembaga Pengarah YM.