• Tel : + 606 2311 822

  • Fax : + 606 2311 307

Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1440H/2018


Pada 20 November 2018, dengan kekuatan anggota Yayasan Melaka seramai 50 orang telah menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1440H/2018 di Stadium Hang Tuah, Melaka. Dalam Majlis Perhimpunan tersebut Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari telah menyampaikan amanah berkaitan kesatuan ummah yang merupakan perkara utama perlu diberi perhatian kerana Islam menitikberatkan perpaduan dan kebersamaan demi kepentingan bersama sesuai dengan tema sambutan tahun ini iaitu "Menyantuni Umat Membawa Rahmat".


Seramai 6,429 peserta dari 111 kontijen seluruh Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut di mana En. Azhar bin Ayub, selaku ketua kontijen Yayasan Melaka telah berhimpun dan berarak sejauh lebih kurang 5 kilometer dari Stadium Hang Tuah dan berakhir di Dataran Pusat Islam.



Keratan Akhbar berkaitan Bantuan Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan


Akhbar Melaka Kini bertarikh 22 Oktober 2018 memaparkan berkaitan bantuan nasib lambakan gelandangan di Negeri Melaka dimana Yayasan Melaka prihatin dan turut membantu berkaitan isu tersebut.