• Tel : + 606 2311 822

  • Fax : + 606 2311 307

  • melayu       english

PERUTUSAN KETUA MENTERI MELAKA

YAB DATUK SERI UTAMA IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
KETUA MENTERI MELAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Laman Web Yayasan Melaka

Saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan semua rakyat Melaka kerana memilih saya sebagai Ketua Menteri Melaka. Saya sebagai Pengerusi Yayasan Melaka akan sentiasa memastikan Yayasan Melaka akan terus maju dalam landasan yang betul untuk menjadikan Melaka Maju Fasa Ke Dua.

Bagi merealisasikan Melaka Maju Fasa Ke Dua perubahan budaya kerja yang cemerlang, menepati masa dan efisyen akan menjamin kejayaan. Untuk tujuan itu, seluruh rakyat khususnya, penjawat awam perlu bersedia menerima perubahan kerja yang akan diperkenalkan.

Saya akan mengambil pendekatan konsep 7S yang dicetuskan oleh Mc Kinsey & Co iaitu sebuah syarikat perundingan dan penasihat pengurusan terkenal dunia dalam mengurus dan mengekalkan kegemilangan Melaka demi masa depan rakyat. Pendekatan 7S tersebut adalah menerusi "Strategy, Structure, System, Skill, Style and Shared Values" ke arah menjadikan Melaka terus ke hadapan sebagai kesinambungan kegemilangan yang telah dipacu oleh Ketua Menteri ke-8 YB Senator Tan Sri Mohd Ali Bin Mohd Rustam.