• Tel : + 606 2311 822

  • Fax : + 606 2311 307

AUDIT DALAM & INTEGRITI

AKTIVITI AUDIT

Melaksanakan auditan pengurusan kewangan secara menyeluruh di Yayasan Melaka/Anak-Anak Syarikat Yayasan Melaka
Melaksanakan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan samada kewangan, aset dan stor yang telah diuruskan mengikut segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa
Melaksanakan auditan prestasi dan ICT yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dengan sumber yang digunakan secara berhemah, berkesan dan cekap
Melaksanakan siasatan khas sekiranya terdapat kesalahan pengurusan kewangan
Menyediakan laporan kepada Pengurus Besar hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan
Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam & Laporan Tahunan Audit Dalaman untuk kelulusan Pengurus Besar
Membentangkan Laporan Audit Dalaman di Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
Melaksanakan Pemeriksaan Mengejut secara berkala mengikut Arahan Perbendaharaan-Fasa 1 309
Melaksanakan Kajian Ketetapan (Due Diligent) ke atas Bahagian-Bahagian di Yayasan Melaka/Anak-Anak Syarikat Yayasan Melaka jika diarahkan oleh Pengurus Besar.