Majlis Perhimpunan Bulanan Yayasan Melaka Bagi Bulan Disember 2025 Dan Mesyuarat Agung Majlis Bersama Jabatan (Mbj) Pihak Pekerja Tahun 2025
16 Disember 2025 – Yayasan Melaka telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember 2025 dan Mesyuarat Agung Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pihak Pekerja Tahun 2025.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang turut menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga kerja Yayasan Melaka agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh komited, berintegriti dan berdisplin serta menerapkan konsep ABC (Amanah, Betul dan Cepat).
Turut hadir, YBhg. Datuk Wira Dr. Hjh. Radhuana binti Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka; YBhg. Datin Elya Juliana binti Abdul Wahab, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; pegawai-pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka serta seluruh warga kerja Yayasan Melaka.
YB Datuk Wira Azhar bin Arshad turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai serta komitmen yang telah ditunjukkan oleh Yayasan Melaka sepanjang tahun 2025. Kejayaan ini merupakan hasil kesungguhan dan kerjasama di semua peringkat pengurusan dan warga kerja Yayasan Melaka. Beliau turut berharap agar kejayaan tersebut dapat diteruskan serta dipertingkatkan pada masa akan datang.
![]()
- Published in News
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Agensi Korporat
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan korporat telah diadakan di peringkat negeri yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam. Pengurus Besar Yayasan Melaka telah menyerahkan mock cheque berjumlah RM100,000.00 di majlis tersebut yang turut disaksikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Ex Officio Kerajaan Negeri.
![]()
- Published in News
Program Integriti: Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti Dan Antirasuah
PROGRAM INTEGRITI: KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TAHUN 2025
2 Oktober 2025 – Unit Audit & Integriti Yayasan Melaka telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi tahun 2025 dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka (UI JKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dan Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Yayasan Melaka.
Seramai 25 orang peserta telah hadir dalam kursus ini yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dari Gred 9 -13.
Sesi pengajaran dan perkongsian telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Abdul Rahman, Pegawai Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, KPKPs Mohd Sufian bin Mohd Khalid dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Melaka dan Puan Azlina binti Johan, Pegawai Psikologi Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kursus MPGIA ini dianjurkan bagi memenuhi arahan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) kepada penjawat awam dalam usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam perkhidmatan awam. Objektif program ini adalah bertujuan bagi memperkasakan penginstitusian dalam pelaksanaan budaya integriti, governans yang baik serta antirasuah. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Hjh Radhuana binti Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka.
#UnitIntegritiJabatanKetuaMenteriMelaka
#JabatanKebajikanMasyarakatNegeriMelaka
![]()
- Published in News
Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Jom saksikan persembahan istimewa Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar sempena Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 di bumi Melaka.
: Sabtu, 27 September 2025
: Encore Melaka
SEMUA DIJEMPUT HADIR. Jumpa anda di sana!
𝓜𝓪𝓷𝓪 𝓛𝓪𝓰𝓲? 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪 𝓛𝓮𝓻…
![]()
- Published in News
UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-64
YAB DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH,
KETUA MENTERI MELAKA MERANGKAP PENGERUSI YAYASAN MELAKA
Dengan penuh hormat, YBhg Datuk Wira (Dr) Hjh Radhuana Binti Salleh mewakili seluruh warga kerja Yayasan Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran ke-64 kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Semoga YAB Datuk Seri Utama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk memimpin Negeri Melaka ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kecemerlangan.
UCAPAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-64
YAB DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH,
KETUA MENTERI MELAKA MERANGKAP PENGERUSI YAYASAN MELAKA
Dengan penuh hormat, YBhg Datuk Wira (Dr) Hjh Radhuana Binti Salleh mewakili seluruh warga kerja Yayasan Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran ke-64 kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Semoga YAB Datuk Seri Utama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk memimpin Negeri Melaka ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kecemerlangan.
![]()
- Published in News
PROGRAM INTEGRITI: KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH
PROGRAM INTEGRITI: KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) BAGI KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2025
12 September 2025 – Unit Audit & Integriti Yayasan Melaka telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka (UI JKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dan Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Yayasan Melaka.
Seramai 55 orang peserta telah hadir dalam kursus ini yang terdiri daripada Kumpulan Pelaksana dari Gred 1-6.
Sesi pengajaran dan perkongsian telah disampaikan oleh Puan Anuradah a/p Socklingam, Ketua Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, PKPs Sheikh Mohd Hilmi bin Sheikh Abdul Halim dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Melaka dan Puan Azlina binti Johan, Pegawai Psikologi Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Objektif program ini adalah bertujuan bagi memperkasakan penginstitusian dalam pelaksanaan budaya integriti, governans yang baik serta antirasuah. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Noor Afandi bin Hasan, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Melaka.
#unitintegritijabatanketuamenterimelaka
#jabatankebajikanmasyarakatnegerimelaka
![]()
- Published in News
Perjumpaan Pengurus Besar Yayasan Melaka bersama Pengarah Bomba Melaka
Perjumpaan YBhg Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengurus Besar Yayasan Melaka bersama Pengarah Bomba Melaka mengenai isu sempadan Watercity.
Tarikh : 5.10.2023 (Khamis)
Tempat : Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka,
Bukit Katil Melaka.
![]()
- Published in News
Pertemuan Pengurus Besar Yayasan Melaka bersama Tuan Hj Jalil (Sunan Jaya)
- Published in News
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Samel Plantation Sdn Bhd
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Samel Plantation Sdn Bhd
Tarikh : 22.08.2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 3, Wisma Yayasan Melaka.
![]()
- Published in News
Taklimat MPAY untuk Super App Kerajaan Negeri Melaka
Taklimat MPAY untuk Super App Kerajaan Negeri Melaka
Tarikh : 17.08.2023 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 1, Wisma Yayasan Melaka.
![]()
- Published in News
- 1
- 2

















Users Today : 137
Users Yesterday : 254
This Month : 5689
This Year : 5689
Total Users : 190267
Views Today : 358
Total views : 1775373
Who's Online : 1