Dewan Citra Kasih

Dewan Citra Kasih ini terletak di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka. Dewan ini telah siap dibina pada September 2015 yang berkeluasan (24 meter persegi X 48 meter persegi) dan boleh memuatkan seramai 1000 orang dalam satu masa.


Dewan ini menawarkan 100 buah meja bulat, 10 meja panjang dan 1000 kerusi banquet dalam satu masa. Dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin untuk keselesaan pelanggan, dua buah bilik surau dan perempuan serta sebuah bilik ruang menunggu.


Untuk majlis-majlis keraian dan majlis perkahwinan disediakan juga permaidani merah yang kebiasaannya digunakan untuk VVIP. Turut disediakan juga dua papan putih untuk kegunaan taklimat atau seminar. Ruang letak kereta yang selesa disediakan untuk pelanggan sebanyak 80 lot. Dewan Citra Kasih juga menyediakan bilik penyediaan makanan di sebelah luar dewan.


Sila Layari di Lamanweb : Rumah Citra Kasih / Dewan Citra Kasih


RUMAH CITRA KASIH

PETA GOOGLE

PELAN LOKASI


GALERI GAMBAR Galeri DCK
Email

pemasaranpelaburan@gmail.com

No Telefon

06-2311822/402/502/602
En. Zawawi / Pn. Marina

Koordinat

2.1646999,103.0264099