LATAR BELAKANG

Penubuhan

  • Sebuah badan berkanun peringkat Negeri.
  • Ditubuhkan di bawah Enakmen Yayasan Melaka 1984 (No. 4/1984).
  • Tarikh penubuhan pada 15 September 1984.
  • Merupakan gabungan Yayasan Islam Melaka dengan Yayasan Pelajaran Melaka.
  • Memulakan operasi di Muzium Lama, Jalan Kota Melaka.

Sejarah Pejabat Operasi

Pada tahun 1993, Yayasan Melaka membina bangunan 16 Tingkat di Jalan Hang Tuah dengan kos pembinaan RM34 juta. Pejabat itu mula beroperasi pada 31 Disember 1995 dengan menjadikan aras 15 dan 16 sebagai pusat operasinya.

Pada 13 November 2007, Bangunan Yayasan Melaka di Jalan Hang Tuah telah dijual kepada Universiti Teknologi Mara(UiTM) untuk dijadikan Kampus Bandar UiTM Cawangan Bandar.

Pada 26 September 2006, Yayasan Melaka memulakan operasi di Institut Bioteknologi Melaka, Jalan MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Pada 24 September 2010, Yayasan Melaka merasmikan pembinaan Bangunan Yayasan Melaka setinggi 15 tingkat dengan harga RM34.8juta yang baru di kawasan Hang Tuah Jaya. Tarikh pembinaan pada 20 Jun 2008 dan mula beroperasi pada 8 November 2010.

Pada 1 Januari 2015, Yayasan Melaka telah menjual bangunan tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad dan memulakan operasi di Taman Bukit Katil Damai 2, Bukit Katil Melaka.

Kemudian 1 Mac 2020 Yayasan Melaka telah berpindah semula ke Bangunan Bioteknologi, MITC Melaka dan pada tanggal 1 November 2021, Yayasan Melaka telah beroperasi di Bangunan Wisma Yayasan Melaka, Jalan Hang Tuah sehingga kini.

Loading

TOP Skip to content