(Diperbadankan di bawah Enakmen Negeri Melaka No. 4 Tahun 1984). Penubuhan Yayasan Melaka adalah merupakan gabungan di antara Yayasan Islam Melaka (yang ditubuhkan dalam tahun 1978) dan Yayasan Pelajaran Melaka (yang ditubuhkan dalam tahun 1982).

OBJEKTIF

  • Memberi dan meluaskan kemudahan-kemudahan pelajaran dan institusi pengajian tinggi.
  • Memberi bantuan melalui sumbangan biasiswa kepada pelajar-pelajar di seluruh Negeri Melaka.
  • Menambah peluang pekerjaan melalui Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Tinggi.
  • Membantu Negeri Melaka dalam perkembangan sosial dan ekonomi.
  • Memajukan keusahawanan orang Melayu dalam bidang ekonomi.
  • Membantu kerajaan Negeri Melaka di dalam usaha untuk mengekalkan dan memelihara kuota-kuota bumiputera.

FALSAFAH PENGURUSAN

Perancangan Teras Kecemerlangan. | Perpaduan Teras Kegemilangan. | Terbilang Matlamat Perjuangan.

MISI

Ke Arah Masyarakat Yang Berpengetahuan, Berintegriti, Berinovasi dan Berpendidikan

VISI

Sebagai Sebuah Organisasi Unggul Yang Sentiasa Berganding Bahu Dengan Kepimpinan Negeri.

MOTO

Ruang Diterokai, Peluang Direbuti, Tindakan Disusuli.

SLOGAN

"Hari Ini Cemerlang Esok Terbilang"

Loading

TOP Skip to content