POLISI INTEGRITI |
|||
YAYASAN MELAKA akan membudayakan INTEGRITI sebagai usaha untuk membendung salah guna, penyelewengan, rasuah dan mempertingkatkan perlakuan berintegriti anggotanya melalui: | |||
Penerapan nilai-nilai murni dan membudayakan kod etika; | |||
Usaha dalam mengeratkan silaturahim di kalangan seluruh anggota Yayasan Melaka; | |||
Berlaku adil kepada semua anggota Yayasan Melaka; | |||
Memberikan pengiktirafan kepada anggota yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi tujuan penghargaan; | |||
Mengambil tindakan disiplin dan tindakan lain yang sewajarnya kepada anggota yang gagal melaksanakan tanggungjawab/tugas yang telah diamanahkan; dan | |||
Tiada amalan menerima cenderahati / hadiah. |