Rumah Citra Kasih

Sebuah rumah bercirikan tradisional yang dibina untuk mengembalikan nostalgia perantau pulang ke desa dan mengeratkan hubungan kasih sayang serta memupuk semangat kekeluargaan

Sesuai untuk mengadakan majlis kenduri, perkahwinan, majlis pertemuan ahli-ahli keluarga, majlis keramaian dan lain-lain yang bersesuaian. Yang pasti akan mengingatkan kembali kenangan-kenangan manis yang pernah dilalui satu ketika dulu bersama sanak saudara

PAKEJ KAMI

Yayasan Melaka memiliki sebuah rumah tradisional yang berciri dan berkonsepkan tradisional diberi nama “RUMAH CITRA KASIH (RCK)” dan juga dewan yang diberi nama "DEWAN CITRA KASIH (DCK)" berkonsep moden terletak di Bandar Hijau, Ayer Keroh, Melaka. RCK amat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan, tempat pengumpulan kaum keluarga, “Family Day” dan majlis-majlis keraian.

Loading

TOP Skip to content