SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT

PENGURUSAN SUMBANGAN

  • Mengurus, memantau dan menyelaras semua bentuk sumbangan serta tajaan yang diterima dan diberikan oleh Yayasan Melaka.

KHIDMAT PELANGGAN

  • Mengumpul dan menyelaras maklumbalas soalan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada unit yang berkaitan;
  • Mengurus dan mengendalikan pengoperasian Kaunter Yayasan Melaka semasa Hari Bertemu Rakyat peringkat Negeri Melaka;
  • Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh Yayasan Melaka melalui saluran email rasmi Yayasan Melaka;
  • Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran Yayasan Melaka dan menyediakan laporan tahunan;
  • Bertindak sebagai penyelaras dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan;
  • Menyelaras persiapan majlis/program/taklimat dan aturan lawatan bagi tetamu Jabatan Bersama unit berkaitan

MEDIA DAN PUBLISITI

  • Bertindak sebagai penyelaras dalam pelaksanaan pelan media berhubung publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti Yayasan Melaka melalui platform media massa untuk tujuan penyampaian maklumat Yayasan Melaka;
  • Menyelaras dan mengurus pertanyaan dan maklumbalas media berkaitan isu-isu semasa jabatan;
  • Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan aktiviti perhubungan awam pengurusan media bagi meningkatkan jaringan kolaborasi strategik bersama pihak ketiga dan pameran jabatan.

PENGENDALIAN MINIT & MAKLUMBALAS LEMBAGA PENGARAH YM

  • Menyediakan minit dan maklumbalas Mesyuarat Lembaga Pengarah YM
  • Urusetia Jawatankuasa Yang Berkaitan Ahli Lembaga Pengarah.

Lain-lain arahan yang diberi dari masa ke semasa.

TOP Skip to content