PENGURUSAN KUTIPAN HASIL
Menguruskan kutipan hasil Sewaan, Pajakan dan Penjualan Hartanah Milik Yayasan Melaka bagi mencapai objektifnya.
- Kutipan Hasil Sewaan Hartanah
- Kutipan Hasil Jualan Hartanah
PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PELABURAN
- Merancang dan mengenal pasti peluang pelaburan yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan jabatan.
- Menyediakan kertas cadangan pelaburan termasuk analisis kos faedah (cost-benefit analysis).
- Menjalin kerjasama strategik dengan agensi luar, pelabur dan pihak berkepentingan.
- Menyediakan laporan pemantauan usahasama pelaburan Yayasan Melaka untuk makluman PBYM / dilaporkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka.
- Menguruskan pembelian saham-saham tercatat harga di Bursa Malaysia yang ditawarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
PENGURUSAN KEWANGAN ANAK SYARIKAT
Merancang aktiviti dan memantau pengurusan kewangan anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat pelaburan mudah di dalam Kumpulan Yayasan Melaka.
- Menyediakan Bajet Tahunan Anak Syarikat di bawah Pengurusan Yayasan Melaka.
- Menyelenggara rekod kewangan yang lengkap, tepat dan terkini serta menyediakan Penyata Kewangan Anak Syarikat di bawah Pengurusan Yayasan Melaka.
- Mengurus tuntutan wang panjar runcit Anak Syarikat di bawah Pengurusan Yayasan Melaka.
- Mengurus semua tuntutan bayaran dan memastikan proses pembayaran Anak Syarikat di bawah Pengurusan Yayasan Melaka mengikut Peraturan Kewangan yang ditetapkan.
- Menyediakan laporan prestasi kewangan anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat pelaburan mudah untuk dilaporkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka.
- Memantau dan mendapatkan penyata kewangan beraudit anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat pelaburan mudah untuk penyediaan akaun penggabungan Yayasan Melaka.
Lain-lain arahan yang diberi dari masa ke semasa.