PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Perancangan Sumber Manusia & Pembangunan Organisasi
- Merancang keperluan sumber manusia dengan menyelaras urusan pengisian perjawatan, perkhidmatan, kenaikan pangkat, pemberhentian, persaraan dan pembangunan organisasi Yayasan Melaka
- Menguruskan hal lantikan dan perkhidmatan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka serta Ahli Jawatankuasa Kecil Yayasan Melaka
- Menguruskan hal yang berkaitan dengan kemudahan pinjaman untuk anggota Yayasan Melaka
- Menguruskan hal ehwal pelajar Latihan Industri di Yayasan Melaka
Pengurusan Perkhidmatan & Data Sistem Human Resources Management Information System (HRMIS)
- Melaksanakan pengurusan emolumen dan potongan gaji anggota Yayasan Melaka.
- Menyelaras Buku Rekod Perkhidmatan (RS) anggota Yayasan Melaka agar selari dengan Sistem HRMIS
- Menyelaras Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8) dalam Sistem HRMIS
- Memantau laporan kehadiran bulanan dan pergerakan keluar pejabat anggota melalui Sistem 'Thumbprint' dan HRMIS
- Bertindak sebagai Meja Bantuan kepada pengguna HRMIS dalam agensi Yayasan Melaka
Pengurusan Pembangunan Kerjaya & Modal Insan
- Menyelaras urusan berkaitan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) anggota Yayasan Melaka.
- Menyelaras dan menguruskan hal berkaitan My Portfolio dan My Performance (SKU) anggota Yayasan Melaka.
- Merancang dan menguruskan urusan kemajuan kerjaya anggota melalui peperiksaan perkhidmatan awam dan kenaikan pangkat.
- Mengkoordinasi dan menyelaras hal berkaitan Pengurusan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN).
- Menguruskan urusan berkaitan pencalonan anggota Yayasan Melaka bagi penerima Darjah Kebesaran/Bintang/Pingat/Anugerah samada diperingkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan atau di peringkat jabatan.
- Menyelaras dan menguruskan program latihan, kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat anjuran dari jabatan/agensi kerajaan atau swasta.
PENGURUSAN INTEGRITI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi enam (6) fungsi teras iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan dan Pengesahan, Pengurusan Aduan, Pematuhan dan Urusetia Lembaga Tatatertib.
- Merancang dan melaksanakan fungsi Tadbir Urus di Yayasan Melaka.
- Merancang dan melaksanakan fungsi Pengukuhan Integriti di Yayasan Melaka.
- Merancang dan melaksanakan fungsi Pengesanan dan Pengesahan di Yayasan Melaka.
- Merancang dan melaksanakan fungsi Pengurusan Aduan di Yayasan Melaka.
- Merancang dan melaksanakan fungsi Pematuhan di Yayasan Melaka.
- Merancang dan melaksanakan fungsi Tatatertib di Yayasan Melaka.
PENGURUSAN KUALITI & INOVASI
Menyelaras aktiviti dan program berkaitan Pengurusan Kualiti seperti KIK, EKSA, MS:ISO, Amalan Hijau dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kualiti dan inovasi.
Lain-lain arahan yang diberi dari masa ke semasa.