PENGURUSAN PORTAL / LAMAN WEB / SOSIAL MEDIA DAN SISTEM APLIKASI
- Mengurus selia pembangunan dan pengemaskinian maklumat yang dipaparkan di Portal / Laman Web / Sosial Media Yayasan Melaka untuk capaian umum
- Mengurus selia pembangunan dan pengoperasian sistem-sistem aplikasi yang digunakan oleh anggota Yayasan Melaka stabil dan pelaksanaan proses kerja bersistematik serta lancar.
- Mengurus selia penyediaan dan pelarasan data-data sistem aplikasi Jabatan agar terjamin melalui proses ‘backup’ dan ‘restore'
- Memastikan penyediaan dan penggunaan perkakasan ICT untuk majlis atau aktiviti Yayasan Melaka dapat beroperasi dengan baik
- Mengurus selia email korporat Yayasan Melaka
PENGURUSAN KEPERLUAN PEROLEHAN INFRASTRUKTUR & PEMANTAUAN ICT SERTA PENGURUSAN MEJA BANTUAN
- Mengurus selia perolehan, penyelenggaraan dan pengoperasian perkakasan / perisian / infrastruktur prasarana ICT
- Mengurus selia dan menyelaras aset ICT jabatan
- Memastikan aduan pengguna berkaitan kerosakan perkakasan ICT dapat di atasi segera secara dalaman atau luaran bagi memastikan proses kerja berjalan lancar
PENGURUSAN RANGKAIAN, KESELAMATAN ICT DAN PUSAT DATA
- Mengurus selia pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) jabatan
- Mengurus selia sistem rangkaian, internet dan pusat data (‘data centre’).
- Memastikan dan menyelaras keperluan serta keselamatan sistem rangkaian Jabatan dan juga pemantauan keselamatan melalui rekod CCTV dan sistem Access Door berfungsi dengan baik
Lain-lain arahan yang diberi dari masa ke semasa.