PROJEK

PENYELENGGARAAN WISMA YAYASAN MELAKA

Yayasan Melaka memiliki 4 Blok bangunan (Blok A,B,C & D) di atas Hartanah H.S (D) 52460, Kawasan Bandar VII, Daerah Melaka Tengah yang dinamakan sebagai Wisma Yayasan Melaka. Bangunan ini telah diubahsuai menjadi blok akademik dan pengurusan, Universiti Teknikal Kebangsan Malaysia (UTEM-Kampus Bandar).


Lokasi bangunan ini dilihat amat strategik kerana ia berada betul-betul di tengah Bandar Melaka dan di kelilingi oleh IPTA & IPTS lain yang beroperasi di kawasan tersebut. Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan seperti UTC Melaka dan kemudahan-kemudahan asas lain seperti sekolah, bank-bank, pusat membeli belah dan sebagainya.


Apa yang penting, aras-aras di setiap blok telah tersedia untuk terus digunapakai sebagai pusat pendidikan atas faktor keadaannya yang kondusif, kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti dewan kuliah dan tutorial, bilik-bilik pensyarah, makmal multimedia, lokasi perpustakaan dan juga pejabat pengurusan. Justeru itu, ia mampu menjimatkan kos serta meminimunkan kerja-kerja renovasi kepada institusi pengajian tinggi yang lain untuk menjalankan operasinya.