Majlis Pecah Tanah Pembangunan Bandar Universiti Yayasan Melaka (BUYMe)
Berlangsungnya Majlis Pecah Tanah Pembangunan Bandar Universiti Yayasan Melaka (BUYMe) di tanah bersebelahan dengan kampus UTeM yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka.
Projek BUYMe ini merupakan pembangunan bercampur yang menyediakan projek perumahan untuk golongan B40 sehingga T20 yang terdiri dengan komponen pembangunan pangsapuri kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah mampu milik, rumah teres, rumah berkembar, rumah banglo dan kondominium / apartment, lot industri dan lot perniagaan.
Semoga pembangunan ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Melaka.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu untuk menjayakan majlis ini.
#yayasanmelaka
#teamDYJ
#DedikasiYakinJujur
