Bengkel Semakan & Penambahbaikan MyPortfolio Yayasan Melaka Tahun 2022


Para pegawai dari Yayasan Melaka telah menghadiri Bengkel Semakan & Penambahbaikan Myportfolio Yayasan Melaka Tahun 2022 pada 6-8 Februari 2022 (Ahad-Selasa) yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Yusof Jantan Pengurus Besar, Yayasan Melaka.


Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia & Kualiti manakala sesi bengkel tersebut telah disampaikan oleh Tuan Muhabir Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


Yayasan Melaka juga berbesar hati menerima taklimat /Pengkongsian Perniagaan dan Motivasi bersama Puan Seri Datin Mimi Nur Liana Lim Binti Abdullah.

Terima Kasih kepada semua peserta Bengkel. Diharap segala ilmu yang telah diperolehi dapat dimanfaatkan oleh semua..




#yayasanmelaka #TeamDYJ

Perhimpunan Bulanan Yayasan Melaka Bil 2/2022


Yayasan Melaka telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Yayasan Melaka Bil 2/2022 Dan Majlis Bacaan Yassin di Dewan Konvensyen, Wisma Yayasan Melaka.


Majlis dihadiri oleh YBhg. Datuk Yusof Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka & semua anggota YM


Majlis Perhimpunan ini telah dihoskan oleh Unit Pembangunan Perniagaan Yayasan Melaka.




#yayasanmelaka #TeamDYJ