Perhimpunan Bulanan Kali ke 5/2022 dihoskan oleh Unit Kewangan & Akaun dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti 2022


Perhimpunan Bulanan Kali ke 5/2022 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti 2022 di Dewan Konvensyen, Wisma Yayasan Melaka yang dihoskan oleh Unit Kewangan & Akaun


Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka YB Rosli Bin Abdullah serta YBhg. Datuk Yusof Bin Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka. Perhimpuan ini juga lebih meriah apabila berkesempatan untuk bersama-sama meraikan Ulangtahun YB Rosli Bin Abdullah dan YBhg. Datuk Yusof Bin Jantan, yang mana berkongsi tarikh kelahiran 18 Mei.


Perhimpunan ini telah diakhiri dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah disambut secara sederhana bersama-sama anggota Yayasan Melaka untuk meraikan bulan kemenangan Islam dan mengeratkan silaturrahim sesama anggota.


Pengukuhan Silaturahim dan Ukhuwah ini adalah di harapkan dapat meningkatkan prestasi, kecemerlangan dan kemakmuran dalam organisasi Yayasan Melaka.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


#yayasanmelaka
#TeamDYJ


Taklimat Yayasan Melaka Kepada YB Tuan Rosli Bin Abdulah, Timbalan Pengerusi YM & Ahli Lembaga Pengarah YM yang baru dilantik.


YBhg Datuk Yusof Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka memberikan Taklimat Yayasan Melaka Kepada YB Tuan Rosli Bin Abdulah, Timbalan Pengerusi YM & Ahli Lembaga Pengarah YM yang baru dilantik.


Seluruh warga kerja & Pengurusan Yayasan Melaka mengucapkan Tahniah kepada YB Tuan Rosli Bin Abdulah (Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka), Datuk Hasni Bin Yang Ghazali, En. Sahrin Bin Muharam, Pn. Siti Kalthom Ahmad, Hj.Ahmad Bin Baharudin, En. Norazmi B. Mahmood, En. Mokhtar B. Amsah dan Hj Razani Bin Seman di atas perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka yang berkuat kuasa pada 18 April 2022.


#yayasanmelaka
#teamDYJ