Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bagi Tahun 2022.
Majlis pada pagi ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka iaitu YBhg. Datuk Haji Hasni Bin Yang Ghazali, Encik Mokhtar Bin Amsah, Encik Sahrin Bin Hj Muharam, Puan Siti Kalthom Ahmad dan Tuan Hj Razani Bin Seman serta YBhg. Datuk Yusof Bin Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka.
Turut hadir pada majlis ini adalah wakil Anak Syarikat milik Yayasan Melaka iaitu Pembangunan Pertanian Negeri Melaka (PPMSB) dan Melaka International College Of Science (Micost) serta Lt. Kolonel Mohamad Nasaruden Bin Md Hassan, Timbalan Komander Rejimen 514 Wataniah, Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Yayasan Melaka dan seterusnya Simbolik Pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan nyanyian lagu tema kemerdekaan dan pemasangan bendera di kenderaan Yayasan Melaka.
Yayasan Melaka telah mengambil inisiatif menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mewarnai dan menghiasi bangunan dan premis Yayasan Melaka dengan Kibaran Jalur Gemilang bagi mencerminkan dan menyemarakkan rasa cintakan tanah air kita ini.
Selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran bagi mengawal penularan COVID-19, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 pada kali ini disambut dengan meriahnya oleh semua anggota Yayasan Melaka seiring dengan tema kemerdekaan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”
“BULAN KEMERDEKAAN DISAMBUT PENUH SEMANGAT, SAMBIL MENGHARAP MALAYSIA TERUS BERJAYA, 31 OGOS TARIKH KERAMAT, BERSAMA KITA MENYAMBUT MERDEKA”.
#yayasanmelaka
#teamDYJ
