PERANCANGAN AUDIT
- Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam & Laporan Tahunan Audit Dalaman untuk kelulusan Pengurus Besar.
PELAKSANAAN AUDIT DALAM
- Melaksanakan auditan pengurusan kewangan Yayasan Melaka / anak-anak syarikat dan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman rekod kewangan termasuk sistem ICT.
- Melaksanakan auditan prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dengan sumber yang digunakan secara berhemah, berkesan dan cekap.
- Melaksanakan Pemeriksaan Dalaman (AP308) dan Pemeriksaan Mengejut (AP309) secara berkala mengikut Arahan Perbendaharaan.
PENYEDIAAN LAPORAN AUDIT
- Menyediakan laporan kepada Pengurus Besar hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang berbangkit.
- Membentangkan Laporan Audit Dalaman di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Yayasan Melaka.
- Membuat analisa ke atas Laporan Ketua Audit Negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama kepada hasil daripada laporan audit.
PENYELARASAN AUDIT LUAR
- Menyelaras keperluan audit oleh pihak luar seperti audit negara atau agensi lain.
- Menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan semasa audit luar.
- Membantu memastikan teguran audit luar diambil tindakan sewajarnya.
Lain-lain arahan yang diberi dari masa ke semasa.