Merancang aktiviti Pengurusan Korporat Yayasan Melaka yang meliputi urusan pemantauan syarikat-syarikat didalam Kumpulan Yayasan Melaka untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka
Menguruskan kutipan hasil Sewaan, Pajakan dan Penjualan Hartanah Milik Yayasan Melaka bagi mencapai objektifnya
- Kutipan Hasil Sewaan Hartanah
- Kutipan Hasil Jualan Hartanah
Merancang dan menguruskan hasil kutipan Jualan Hartanah
Menyediakan laporan pemantauan pelaburan Yayasan Melaka di Bursa Malaysia untuk makluman PBYM / dilaporkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka
Menguruskan pembelian saham-saham tercatat harga di Bursa Malaysia yang ditawarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menyediakan Bajet Tahunan Anak Syarikat Yayasan Melaka
Menyediakan Penyata Kewangan Anak Syarikat Yayasan Melaka
Mengurus tuntutan wang panjar runcit Anak Syarikat Yayasan Melaka
Mengurus semua tuntutan bayaran dan memastikan proses pembayaran mengikut Peraturan Kewangan yang ditetapkan
Memantau anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat pelaburan mudah milik Yayasan Melaka dan hal ehwal pengurusan