BERNAMA : Projek BUYMe akan dibangunkan akhir tahun ini – Yayasan Melaka
MELAKA: Projek Bandar Universiti Yayasan Melaka (BUYMe) di Jalan Simpang Gading-Kesang Pajak di sini dijangka akan mula dibangunkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Pengurus Besar Yayasan Melaka (YM) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata setakat ini pihaknya telah mengeluarkan ‘permintaan untuk cadangan’ (RFP) kepada pemaju yang berminat membangunkan projek pembangunan campuran di tanah keluasan 91.46 hektar di kawasan bersebelahan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
“Kita telah buka RFP baru-baru ini kepada mana-mana pemaju yang ingin menjadi rakan usaha sama YM dan selepas hari raya, kita akan menyenarai pendek dan memilih mereka.
![]()
- Published in Keratan Akhbar
MELAKA HARI INI : Yayasan Melaka Sahut Seruan Bulan Kebangsaan
BANDAR MELAKA 16 Ogos – Yayasan Melaka akan memastikan semua premis di bawahnya menyahut seruan kerajaan agar mempamerkan semangat patriotik sempena kemerdekaan ke-65 tahun ini.
Pengurus Besarnya Datuk Yusof Jantan berkata, kesemua premis miliknya termasuk Wisma Yayasan Melaka, institusi pengajian tinggi, kolej kediaman dan asrama pekerja akan dipastikan mengibar Jalur Gemilang dalam menunjukkan semangat cintakan negara.
“Kita menyahut seruan kerajaan dalam menyemarakkan hari kemerdekaan dan pada masa sama menunjukkan keprihatinan Yayasan Melaka terhadap semangat Keluarga Malaysia.
“Ia bertepatan dengan mana-mana organisasi yang perlu mengamalkan sikap kebersamaan untuk mencapai kejayaan di masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Yayasan Melaka di Wisma Yayasan Melaka, di sini, hari ini.
![]()
- Published in Keratan Akhbar
MELAKA HARI INI : Yayasan Melaka Meterai Perjanjian Usahasama Bangunkan Tanah di Lendu
PUCHONG 21 Feb – Yayasan Melaka menandatangani perjanjian usahasama bersama Syarikat Homewise Construction (Melaka) Sdn Bhd di PT Swift Marketing Sdn Bhd di Bandar Puteri, di sini petang tadi.
Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Dalam majlis berkenaan, Yayasan Melaka diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Encik Mohamad Azmi Sabtu dan Tuan Haji Mohd Faruk Mohd Sultan; manakala Homewise Construction (Melaka) Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Wira Tai Chee Ming dan Pengerusinya, Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin.
Menerusi catatan Facebook peribadinya, Sulaiman berkata majlis menandatangani perjanjian itu adalah susulan daripada mesyuarat kerajaan negeri yang dijalankan pada 13 Okt lalu.
“Majlis menandatangani JV (perjanjian usahasama) ini adalah susulan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan/Projek Yayasan Melaka Bil 1/2020 pada 13 Oktober 2020 yang bersetuju supaya Yayasan Melaka membangunkan tanah secara usahasama antara YM dan Syarikat Homewise Construction (Melaka) Sdn. Bhd di Mukim Lendu, Melaka.
“Perjanjian usahasama ini termasuklah pajakan tanah bagi tanaman durian musang king, pembangunan dengan pembinaan perumahan secara ‘Design and Build, serta pembangunan kilang dijadikan tapak pemprosesan makanan berasaskan durian musang king dan sarang burung walit.
“Semoga kerjasama yang dimeterai ini membawa anjakan baharu buat Yayasan Melaka dalam mempelbagaikan sumber pendapatan kepada syarikat, seterusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Melaka,” katanya.
Terdahulu, Sulaiman dan rombongan turut dibawa melawat kilang pemprosesan sarang burung walit di kawasan berkenaan.
![]()
- Published in Keratan Akhbar
MELAKA HARI INI : Yayasan Melaka Tarik Perniagaan Bernilai RM200 Juta
AYER KEROH 20 Okt. – Yayasan Melaka berjaya menarik perniagaan bernilai RM200 juta meski pun berdepan dengan pelbagai kekangan susulan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
Pengurus Besarnya, Datuk Yusof Jantan berkata, sebagai antara organisasi yang membantu Kerajaan Negeri Melaka meningkatkan kegiatan ekonomi, pihaknya akan terus komited untuk mengukuhkan kewangan negeri.
“Sejak mengambil alih pentadbiran pada April lalu, kami berjaya membawa masuk perniagaan bernilai RM200 juta untuk tempoh yang singkat meski pun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.
“Nilai perniagaan ini ada antaranya yang sudah pun diluluskan termasuk sebahagiannya telah ditandatangani,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjung hormat Melaka Hari Ini (MHI) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MHI, Anuar Shaari di pejabatnya pagi tadi.
Dalam kunjungan yang berlangsung selama kira-kira sejam itu pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah menjalinkan kerjasama dua hala di antara MHI dan Yayasan Melaka dari sudut pemberitaan.
Mengulas lanjut Yusof berkata, selain pelaburan perniagaaan, Yayasan Melaka juga telah menyumbang RM1.1 juta untuk tabung-tabung amanah pendidikan, kebajikan, masjid, pelancongan dan warisan negeri.
“Usaha ini akan terus dilipat gandakan lagi dan kami tidak akan menjadikan pencapaian ini sebagai zon selesa untuk terus meningkatkan potensi perniagaan,” katanya.
![]()
- Published in Keratan Akhbar




