SUMBER MANUSIA

Perancangan Sumber Manusia & Pembangunan Organisasi

  • Merancang keperluan sumber manusia, dengan menyelaras dan melaksanakan urusan keperluan pewujudan, pemansuhan, dan penggredan semula jawatan serta penyusunan semula struktur organisasi
  • Merancang dan mengurus pengambilan dan pelantikan jawatan baru serta menentukan pengisian jawatan dipenuhi mengikut keperluan jabatan
  • Merancang, menyelaras dan melaksana semakan dan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan; dan
  • Menguruskan urusan pelantikan, penamatan dan elaun Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka serta Ahli Jawatankuasa Kecil Yayasan Melaka
  • Menguruskan urusan Latihan pelajar industri di Yayasan Melaka

Pengurusan Perkhidmatan & Data Sistem Human Resources Management Information System (HRMIS)

  • Menyelaras dan memproses urusan saraan dan kemudahan mengikut peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam Perintah-Perintah Am Bab B 1974/Pekeliling-pekeliling berkaitan bagi tujuan perakuan dan kelulusan Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan
  • Bertanggungjawab merancang dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Pengurusan Perkhidmatan melalui pelarasan urusan pengambilan, pengesahan lantikan dalam perkhidmatan, urusan kenaikan pangkat, penanggungan kerja dan peletakan jawatan
  • Memantau dan memastikan anggota Yayasan Melaka berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan melalui pemantauan laporan kehadiran bulanan anggota
  • Menyelaras dan mengemaskini maklumat anggota Yayasan Melaka dalam Buku Rekod Perkhidmatan (RS) dan juga Sistem HRMIS
  • Menyelaras Penyata Perubahan Kewangan (Kew. 8) anggota Yayasan Melaka di dalam Sistem HRMIS; dan
  • Mengkoordinasi dan mengemaskini maklumat perjawatan dan perkhidmatan anggota dalam Sistem Human Resources Management Information System (HRMIS) agar data sentiasa berintegriti dan dikemaskini dari semasa ke semasa serta bertindak sebagai Meja Bantuan kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS dan menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS Yayasan Melaka; dan
  • Menguruskan urusan hal yang berkaitan dengan pinjaman-pinjaman anggota seperti pinjaman kenderaan, komputer, membaiki rumah dan lain-lain

Pengurusan Pembangunan Kerjaya & Modal Insan

  • Menyelaras dan menguruskan program latihan (kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat) anjuran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Sektor Swasta
  • Memantau dan menyelaras urusan berkaitan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan pemberian Pergerakan Gaji Tahunan
  • Menguruskan kenaikan pangkat melalui perancangan urusan kemajuan kerjaya pegawai dari segi peperiksaan perkhidmatan dan dan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) dan peperiksaan memasuki skim perkhidmatan
  • Menyediakan maklumat dan menguruskan pencalonan bagi penerima Darjah Kebesaran/Bintang/Pingat; dan
  • Bertindak sebagai urusetia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan, Perkhidmatan & Lembaga Kenaikan Pangkat, Mesyuarat Jawatankuasa Panel Temuduga & Pembangunan Sumber Manusia, Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Tatatertib & Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Pengurusan Kualiti & Inovasi

  • Menguruskan aktiviti dan program berkaitan Pengurusan kualiti seperti KIK, EKSA, MS ISO dan lain-lain yang mampu membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan kepada Yayasan Melaka
  • Mengendalikan dan menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 untuk Yayasan Melaka
  • Menyelaras dan menguruskan Penyediaan MyPortfolio; dan
  • Mengkoordinasi dan mengemaskini Pengurusan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN).

TOP Skip to content