Persijilan
Yayasan Melaka telah menerima anugerah pensijilan MS ISO 9001:2015 pada 9 Mei 2024 hingga 8 Mei 2027
Skop Pelaksanaan
YM melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi aktiviti Pengurusan Hartanah Meliputi Pengurusan Penjualan dan Penyewaan Hartanah, Penyelenggaraan Bangunan Ibu Pejabat Yayasan Melaka dan Perkhidmatan Sokongan.
Polisi Kualiti
YM komited menjadi organisasi unggul untuk memajukan Negeri Melaka dengan perlaksanaan perkhidmatan pengurusan hartanah berlandaskan MS ISO 9001:2015 dan peraturan / perundangan yang berkaitan. YM juga komited untuk memenuhi kepada keperluan pelanggan serta pihak yang berkepentingan dalam konteks YM untuk mencapai penambahbaikan berterusan dengan mengambilkira pematuhan kualiti sumber-sumber pengurusan YM bagi memastikan kepuasan pelanggan tercapai secara berterusan.