Kolej Kediaman Pelajar Yayasan Melaka

Setiap tingkat mempunyai 8 unit dan setiap unit mempunyai 5 bilik yang dilabelkan mengikut abjad A,B,C,D & E. Setiap unit juga mempunyai kemudahan ruang tamu, pantri, 2 bilik air dan 2 bilik mandi. Pihak Yayasan Melaka juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti katil dan tilam, almari pakaian, meja belajar, kerusi dan kipas dinding di setiap bilik bagi kemudahan pelajar. Setiap bilik disewakan kepada 2 orang pelajar bermakna 1 unit mempunyai 5 bilik dan boleh menampung 10 orang pelajar.

Sehingga kini Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST), Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM), Cosmopoint Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Acceskill menyewa kediaman pelajar Yayasan Melaka kerana lokasi asrama tersebut strategik di kawasan bandar dan berhampiran dengan kampus.Pihak Yayasan Melaka juga menawarkan kadar sewa yang berpatutan kepada para pelajar. Selain itu, kemudahan sewa bilik ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang menginap dalam jangka pendek untuk persediaan peperiksaan, persediaan laporan, latihan industri dengan kadar sewaan harian

TOP Skip to content