PROGRAM INTEGRITI: KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL TAHUN 2025
2 Oktober 2025 – Unit Audit & Integriti Yayasan Melaka telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi tahun 2025 dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka (UI JKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka dan Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Yayasan Melaka.
Seramai 25 orang peserta telah hadir dalam kursus ini yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dari Gred 9 -13.
Sesi pengajaran dan perkongsian telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Abdul Rahman, Pegawai Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, KPKPs Mohd Sufian bin Mohd Khalid dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Melaka dan Puan Azlina binti Johan, Pegawai Psikologi Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kursus MPGIA ini dianjurkan bagi memenuhi arahan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) kepada penjawat awam dalam usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam perkhidmatan awam. Objektif program ini adalah bertujuan bagi memperkasakan penginstitusian dalam pelaksanaan budaya integriti, governans yang baik serta antirasuah. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Hjh Radhuana binti Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka.
#UnitIntegritiJabatanKetuaMenteriMelaka
#JabatanKebajikanMasyarakatNegeriMelaka
![]()








Users Today : 78
Users Yesterday : 288
This Month : 3587
This Year : 84434
Total Users : 179447